Powered By Blogger
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Do not be hasitate to follow me and feel free to drop your comment. Thank You! Please come again :)

Saturday, June 18, 2011

A Day To Remember :)

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Lately nih sangat bizi sampai tak de masa nak update blog (sebenarnya bukan la takde mase langsung, tapi paham paham aje la lagi lagi biler dah terlalu letih tahap maximum). Entri kali nih saya nak kongsi dengan readers (itupon kalau ade yang sudi nak baca) tentang hari bersejarah dalam hidup bagi seorang pelajar (bunyi macam nak kahwin la pulak kan). Actually it's about my convocation day. Walaupun baru di peringkat  Diploma, tapi terlalu banyak kenangan diantara kami semua sepanjang 3 tahun bersama di politeknik terchenta (chenta ker???). Hubungan kami sebagai rakan sekelas sangat akrab sampaikan ade yang cemburu tengok keakraban kitorang sekelas. Tipu lah kalau tak de selisih paham, tapi konsep kami satu kelas adalah suke berbincang. Contoh kalau budak lelaki tak puas hati dengan pendapat budak perempuan, kami semua akan berkumpul dekat satu tempat dan bincang untuk cari jalan penyelesaian.Ibaratnya macam siapa yang setuju boleh ikut, siapa tak setuju duduk diam diam. Kalau ade selisih paham pon tak berpanjangan (kira budak budak kelas kitorang ni propesional la). Cerita situ, habis situ jugak la. Hehe!  Kat sini saya nak kongsi secara random gambar-gambar kenangan kitorang bersama sebelum dan selepas konvo. Layanzzz~

A day before Convocation Day (14/06/2011) :



Sebenarnya pada tarikh ni kitorang semua (Jabatan Perdagangan) ada raptai konvokesyen. Habis je raptai dan siap ambik jubah bagai, kitorang pon lepak lepak makan and decide nak snap picture. Ini antara aksi aksi kitorang mase kat padang. Tak tahu kenapa, biler rase nak buat photoshoot kat poli nih, kitorang mesti decide untuk pilih padang sebagai tempat pertama. Maybe sebab kat situ luas dan kitorang bebas nak buat ape jer. :) 





Lepas kitorang duk guling guling dekat padang, kitorang teruskan perjalan lagi dari depan tasik sampai la kat Jabatan Penyelenggaraan Pesawat. Kat sini pon kitorang suka snap picture sebab ade pesawat kat depan jabatan dorang. (tak dapat naik, tangkap gambar pon jadilah). Hehe!


Ni pulak gambar terakhir kitorang sebelum balik. 3 biji VIVA parking baik punya. Actually, banyak lagi gambar. Tapi tak kan lah nak upload semua kan??? Masa nih masing masing decide nak balik awal, sebab esok nya kan nak celebrate our convocation. To be continued...atin

** Kredit to Cik Fatin for this pictures.


Convocation Day (15/06/2011) :


Ok nih gambar masa kitorang semua dah keluar dewan. Time keluar dewan tuh memang ramai lah umat nak tangkap gambar sana, tangkap gambar sini. happeing je suasana. Ni gambar time dapat bunga dari family. Ingatkan tak dapat bunga. Hehe!


Ni pulak gambar bersama mak tersayang serta kakak dan abang ipar. Thanks for spend ur time to celebrate my big day :). Actually hadiah ni ditujukan khas untuk arwah abah sebab arwah abah nak sangat tengok saya konvo dan berjaya. Walaupun abah dah takde dan tak sempat nak tengok saya konvo, tapi doa sebagai iringan tak pernah saya lupe. Abah, angah janji akan jage mak dan adik adik semua. Rindu sangat dekat abah. Tuhan saja yang tahu perasaan angah biler teringatkan abah. :( (Maaf, saya sebak).



Yang ni pulak gambar saya dengan ex-housemate also ex-classmate bersama ibu masing masing. Ni lah baru pertama kali ibu ibu kitorang berjumpe, walau pun anak masing masing dah 3 tahun kenal.


Ni gambar bersama Cik Ni Sa tersayang. Budak kecik nih yang selalu dodoikan saya sebelum tido. Hihi! Ok saya meraban sekejap. Ni la member setilam, sebantal, sekipas, se ape ape jela. Sebab kitorang 2 orang je yang tido dekat bilik paling besar. (Ye, paling besar dari bilik bilik lain. Ruang tamu.) Haha!




Yang ni pulak my besties merangkap my housemate and also my classmate. Comel comel belaka kan dorang. Kami gelar nama kami ialah Perdana Team. Sepatutnya ade 8 orang, yang selebihnya missing in action. Haha! (maklumlah time nih ramai yang bizi dengan family segala). :)


Hehe! Sangat suka ini gambar lor. Kalung emas yang kitorang pakai tuh merupakan Anugerah Ketua Jabatan atau dengan nama lainnya Anugerah Dekan la. Walaupun tak dapat pegang title Anugerah Pelajar Cemerlang, tapi ini pon dah kira syukur Alhamdulillah. Tahniah pada kawan kawan lain yang turut terima anugerah yang sama.













Last but not least, nih sebahagian aksi dari rakan-rakan sekelas. Sebenarnya, ade hampir 40 orang pelajar dalam kelas kitorang. Tapi yang ini je dapat dikesan. Sebab yang lain lain da bizi dengan family masing masing. Tapi yang sikit nih pon dah happening giler, belum campur lain lain yang tak de tuh. Yang bangganya, siap ade cameraman dari luar pon shoot gambar kitorang. Maybe dorang temgok kitorang agak sporting kot. Time nih nak giler giler meraban sangat pon tak bleh, sebab mak ayah kiri kanan depan belakang dok perhati. Hehe! 

Ok lah semua, ini je mampu nak dikongsikan dengan korang. Nak upload banyak banyak kang tak terlarat pulak nak tengok. Tengs pada sesape yang sudi baca ok. Mata pon da ngantuk. Time to sleep :). 

p/s : Congrates to all PSA student for ur convocation. 
mood : Suka dalam duka~

love,
cdaz :)

Monday, June 13, 2011

Akhirnya, rajin jugak meng-updatekan diri setelah sekian lama :)

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Weyh, korang semua. Ana banyak rindulah sama kalian. Penangan kerja betul betul buat rase saya jadi malas nak update blog. Ditambah dengan bizi sempena majlis perkahwinan kakak. Alhamdulillah, semua nya berjalan dengan lancar walaupun sedikit kelam kabut.(maklumlah anak sulung yang kahwin). Hehe!

InsyaAllah, gambar majlis perkahwinan kakak saya akan saya update later. Tu pon kalau ade orang nak tengok lah kan. Haha! Sebenarnya, mood saya hari ni adalah sangat seronok sebab esok saya akan dapat jumpe dengan semua kawan-kawan sekelas saya (DPM-Diploma Pengurusan Perniagaan). Esok adalah hari untuk kami meraptaikan diri sebelum tiba hari yang sebenar benarnya iaitu hari rabu (15.06.11). OMG, saya sangat rindukan mereka. Semoga persahabatan yang ade ini akan kekal selama-lamanya. Ammiiin  :)

Kawan kawan, doakan majlis konvo kami berjalan dengan lancar ok :) 

p/s : Shida, sila jangan seronok sangat ok :)

Mood : berkobar-kobar. Rindu sangat dekat korang. Let begin our new memories :)

love,
cdaz :)

Tuesday, May 17, 2011

Peritnya bila tekak sakit. Huwaaa!!!~~~

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Mood hari nih adalah sangat kurang sihat ye. Lepas je balik dari bershopping dan packing packing barang untuk majlis kakak yang tak berapa lama lagi nih, tiba tiba kepala pusing pusing manje gitu. Masa keluar tuh dah mula rase nak bersin bersin dan selesema. Tekak pon da start gatal gatal sikit. Lepas dah siap semua benda yang patut nak di buat, saya pon ape lagi masuk bilik dan terus bom!!! baring la kunun sebab kepala pening. Elok je bangun dari tidur terus rase badan panas giler, selesema dan batuk batuk. Sakit tekak wooo! nak cakap pon sampai takde suara. Hope demam beransur pulih. Kalau cuti esok sapa nak buat keje saya yang dekat office tuh. Damn!!!


p/s : Badan da rase ok sikit, tapi sakit tekak tu yang tak tahan wooo! Mencik~ :) Doakan saya cepat sembuh ok. Thanks :)

love,
cdaz :)

Monday, May 16, 2011

Apa perasaan anda apabila dimarah???

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Berdasarkan tajuk entri hari nih, "Apa perasaan anda apabila dimarah???". Biasanya ramai yang boleh terima dan ada jugak yang tak boleh terima. Hari ini dalam sejarah. Hari nih hari pertama saya kena marah dengan bos!!! Oh damn!!! Actually sebagai pekerja tak kira lah besar atau kecil kesalahan  tuh, kita layak dimarah kalau kesalahan tuh betul betul datangnya dari kita. Tapi dalam situasi saya nih, boleh dikategorikan sebagai ditindas oleh staf dari HQ. Mentang mentanglah saya pekerja baru. Kes nak buli lah nih. Saya dah buat sehabis baik kerja yang disuruh, tapi salah saya ke if pihak HQ tak boleh nak settlekan benda yang saya dah siapkan. Tugas dorang hanyalah "open cheque" dan mintak sign dari pihak atasan. Dah bertahun tahun buat kerja tu pon tak kan still tak boleh nak paham. Sudah 3 kali saya fax benda yang sama (statement yang dorang mintak), memang agak mustahil lah biler dorang cakap tak dapat. Bila tanya, semua kata OK, tapi biler dah last last minute mula lah nak salah kan orang tuh dan orang nih.

Nasib baik ada kakak kakak office yang paham keadaan saya sebab dorang je yang tahu saya buat keje macamana kat office tuh. Dorang yang tolong jawabkan dengan bos dan bagi tahu perkara sebenar. Walaupun saya ni budak baru, setiap apa yang saya buat, saya akan tanya dekat senior-senior saya. Biler dorang kata dah boleh proceed, of course la saya proceed kan??? Biler kena marah tadi tiba tiba air mata wanita nih meleleh tak semena mena. Walaupun hanya kena marah melalui telefon, tapi terketar ketar jugaklah nak jawab. Sampai kat office tuh terdiam sekejap (malu nye wei). Lastly, kakak dekat office tuh telefon dekat HQ dan bincang perkara tuh. Memang staff kat situ putar belit punya orang. Sampai akak dekat office pon naik hangin cakap dengan die. Haish! geramnya. Time tuh memang tak buleh nak kata ape, sedih ade, bengang ade. Memang automatik buat mood jadi tak tenteram dan muka saya tak yah cakap la. Memang dah sememeh semacam aje. Sentap beb orang buat kita macam tuh. Masa cakap dekat kita sikit punya baik, bila belakang kita baik punya die goreng dekat bos sampai bos langsung tak percaya cakap orang lain.

Lastly, bos telefon lagi sekali. Time tuh memang rase taknak jawab. tapi fikir fikir balik kalau tak jawab nampak benau kita bersalah dan mengelak. Cakap punya cakap, akhirnya bos pun makin faham dengan situasi sebenar dan ade jugaklah dia pujuk sikit sikit.(mesti dia takut saya berhenti lah tu). Kakak kakak kat office tuh pon banyak tolong sebab setiap perkara yang saya buat memang saya refer dekat dorang dulu. Bukan hentam kromo ajer. Benda benda yang melibatkan duit memang tak berani nak buat ikut dan aje. Hurm, memang pengalaman betul hari nih. Tapi tak pe lah, saya redha je dengan semua ni. Semua tuh pengalaman bagi saya. Saya tak kesah kalau saya dimarah atas sebab sebab kesilapan saya sendiri, tapi disebabkan kesalahan orang lain layakkah saya dimarah. Hanya Allah yang tahu. Tapi saya terima semua ni sebagai dugaan. Hidup tak de dugaan pon bosan jugak kan??? Acececeh!


p/s : Sepatutnya bila ade sesuatu kesilapan, lebih wajar kita siasat dahulu dan dengar penjelasan dari kedua belah pihak bukan hanya dengar dari sebelah pihak sahaja. Thanks to kakak kakak office yang menyelamatkan keadaan. Sayang korang semua :)

love,
cdaz :)

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu :)

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Wah, hari nih sungguh seronok dapat bersantai santai dekat rumah. Rase rasenya semua orang dah tahu kan hari nih hari ape??? Opkos lah hari ahad. Hari di mana kita sebagai anak anak akan meraikan ibu ibu kesayangan kita. Walaupun ade hari yang digelar Hari Ibu, tapi korang kena ingat yang sebanar benarnya, hari hari yang kita lalui adalah hari untuk kita sentiasa mengingati dan menyayangi ibu ibu kita. Bukan pada hari ibu semata-mata. Ingat tuh :)

Rasenya semua orang sayang kepada ibu masing masing kan??? Yang masih ada ibu bapa tuh beringat ingat lah. Kasihi lah mereka selagi nyawa dikandung badan. Kadang-kadang kita alpa, apa yang kita buat tak semestinya mereka boleh terima. Oleh itu, jagalah air muka mereka. Renungkan bagaimana peritnya mereka menatang kita di dalam perut lebih kurang 9 bulan 10 hari, begitu juga peritnya hendak melahirkan kita sehingga ada di kalangan ibu ibu kehilangan nyawa ketika bertarung nasib dengan nyawa ketika melahirkan kita. Tapi anak anak zaman sekarang ramai yang menghambakan ibu bapa dan melakukan perkara perkara yang menjatuhkan air muka kedua ibu bapa mereka. Nasihat nih sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak sebab saya pon kadang kadang alpa dengan apa yang kita lakukan tanpa sedar. 

Saya takut tengok keganasan zaman sekarang hinggakan ada anak yang sanggup memukul, membunuh ibu hanya kerana hendak apa yang dorang inginkan. Tapi kadang kadang sang ibu sanggup bertahan kerana terlalu sayangkan anak anaknya. Benar kata pujangga, Kasihnya ibu di bawa ke syurga, kasihnya ayah setiap masa. Tak akan ada anak yang dapat membalas jasa ibu bapa sepertimana ibu bapa bertungkus lumus membesarkan mereka. Kalau dulu, hanya berbekalkan RM300 sebulan pon sudah mampu untuk menyara dan membesarkan anak-anak. Tapi bila anak anak dah gaji lebih dari RM 3000 pon belum tentu dapat sara ibu bapa. 

Walaupun ayah saya sudah 2 tahun meninggalkan kami sekeluarga, tapi saya masih bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang amat menyayangi anak-anaknya. Walaupun, kadang kadang dia berleter sebab kenakalan kami, tapi kami tahu dia inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. One more thing, kami sayang mak dunia akhirat. 

Walaupun mungkin ade yang kata, "kenapa kau nak kecoh kecoh mention kat public yang kau sayang mak kau??? asal kau tak cakap direct je kat mak kau???". Actually, ungkapan sayang tuh memang dah diungkapkan tapi takdelah berjela jela macam nih. Takkan lah korang nak wish kat mak korang pon korang kena buat karangan dulu ye tak??? Nonsense lah wei. Just say as long as you want to wish to your mum. Atleast hati mak kita pasti tersentuh bila dia tahu yang kita sayang dekat dia. Tapi bagi sesapa yang tak suka kita nak mention dekat sini, AAKPK??? Ini blog saya. Saya tuan punya blog. Sukahati saya lah. >_<

Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik dan panjangkanlah umur seluruh ibu-ibu agar mereka mampu mendidik dan mengasuh anak anak mereka menjadi anak anak yang soleh dan solehah serta menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan lebih sempurna sebelum tiba masa mereka menutup mata untuk selamanya. Amiinnn Ya Rabbal Alamin. 


Last but not least, sayangilah insan yang korang gelar mak, ibu, mama, ummi, mummy, amma dan apa apa je lah yang sama waktu dengannya. Sememangnya insan insan ini tiada galang gantinya. 

p/s : Sayangilah ibu bapa anda selagi mereka ada supaya kita tidak menyesal dikemudian hari. Tanpa mereka siapalah kita di muka bumi Allah ini. 

love,
cdaz :)

Zhifilia - Aishiteru

menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
***
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali


kembali ke ***

love,
cdaz :)

Thursday, May 5, 2011

Mata Panda Pagi Pagi

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Seawal lapan pagi da tercongok kat opis nih. Wei, ape kehal nya lah asal masuk opis je mesti nak mengantuk bagai. Tapi memang layak pon mengantuk pagi nih sebab malam tadi bercinta betul nak tidor. Nak tidor pon amik mase dekat 2 jam baru leh terlelap. Hampeh betullah. Tapi takpelah, kejap lagi nak buat "coffee" untuk hilangkan mengantuk ni ha. Dah panda betul rase mate nih. Hehe. Kepada Cik Nisa ku sayangsss, disebabkan you suke buat coffee, please make me a cup of coffee. Please, you cuti hari nih kan??? Haha.

Okeh lah you alls, nak sambung buat keroja kejap ni ha. Mata dah naik juling tengok nombor hari hari tu yang update entri sekejap dua kejap tuh. Kuang kuang kuang. Hehe.


p/s : Wahai cik mata ku sayangs, please wake up dear. Jangan lah nak panda sangat  :)

love,
cdaz :)