Powered By Blogger
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Do not be hasitate to follow me and feel free to drop your comment. Thank You! Please come again :)

Saturday, June 18, 2011

A Day To Remember :)

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Lately nih sangat bizi sampai tak de masa nak update blog (sebenarnya bukan la takde mase langsung, tapi paham paham aje la lagi lagi biler dah terlalu letih tahap maximum). Entri kali nih saya nak kongsi dengan readers (itupon kalau ade yang sudi nak baca) tentang hari bersejarah dalam hidup bagi seorang pelajar (bunyi macam nak kahwin la pulak kan). Actually it's about my convocation day. Walaupun baru di peringkat  Diploma, tapi terlalu banyak kenangan diantara kami semua sepanjang 3 tahun bersama di politeknik terchenta (chenta ker???). Hubungan kami sebagai rakan sekelas sangat akrab sampaikan ade yang cemburu tengok keakraban kitorang sekelas. Tipu lah kalau tak de selisih paham, tapi konsep kami satu kelas adalah suke berbincang. Contoh kalau budak lelaki tak puas hati dengan pendapat budak perempuan, kami semua akan berkumpul dekat satu tempat dan bincang untuk cari jalan penyelesaian.Ibaratnya macam siapa yang setuju boleh ikut, siapa tak setuju duduk diam diam. Kalau ade selisih paham pon tak berpanjangan (kira budak budak kelas kitorang ni propesional la). Cerita situ, habis situ jugak la. Hehe!  Kat sini saya nak kongsi secara random gambar-gambar kenangan kitorang bersama sebelum dan selepas konvo. Layanzzz~

A day before Convocation Day (14/06/2011) :



Sebenarnya pada tarikh ni kitorang semua (Jabatan Perdagangan) ada raptai konvokesyen. Habis je raptai dan siap ambik jubah bagai, kitorang pon lepak lepak makan and decide nak snap picture. Ini antara aksi aksi kitorang mase kat padang. Tak tahu kenapa, biler rase nak buat photoshoot kat poli nih, kitorang mesti decide untuk pilih padang sebagai tempat pertama. Maybe sebab kat situ luas dan kitorang bebas nak buat ape jer. :) 





Lepas kitorang duk guling guling dekat padang, kitorang teruskan perjalan lagi dari depan tasik sampai la kat Jabatan Penyelenggaraan Pesawat. Kat sini pon kitorang suka snap picture sebab ade pesawat kat depan jabatan dorang. (tak dapat naik, tangkap gambar pon jadilah). Hehe!


Ni pulak gambar terakhir kitorang sebelum balik. 3 biji VIVA parking baik punya. Actually, banyak lagi gambar. Tapi tak kan lah nak upload semua kan??? Masa nih masing masing decide nak balik awal, sebab esok nya kan nak celebrate our convocation. To be continued...atin

** Kredit to Cik Fatin for this pictures.


Convocation Day (15/06/2011) :


Ok nih gambar masa kitorang semua dah keluar dewan. Time keluar dewan tuh memang ramai lah umat nak tangkap gambar sana, tangkap gambar sini. happeing je suasana. Ni gambar time dapat bunga dari family. Ingatkan tak dapat bunga. Hehe!


Ni pulak gambar bersama mak tersayang serta kakak dan abang ipar. Thanks for spend ur time to celebrate my big day :). Actually hadiah ni ditujukan khas untuk arwah abah sebab arwah abah nak sangat tengok saya konvo dan berjaya. Walaupun abah dah takde dan tak sempat nak tengok saya konvo, tapi doa sebagai iringan tak pernah saya lupe. Abah, angah janji akan jage mak dan adik adik semua. Rindu sangat dekat abah. Tuhan saja yang tahu perasaan angah biler teringatkan abah. :( (Maaf, saya sebak).



Yang ni pulak gambar saya dengan ex-housemate also ex-classmate bersama ibu masing masing. Ni lah baru pertama kali ibu ibu kitorang berjumpe, walau pun anak masing masing dah 3 tahun kenal.


Ni gambar bersama Cik Ni Sa tersayang. Budak kecik nih yang selalu dodoikan saya sebelum tido. Hihi! Ok saya meraban sekejap. Ni la member setilam, sebantal, sekipas, se ape ape jela. Sebab kitorang 2 orang je yang tido dekat bilik paling besar. (Ye, paling besar dari bilik bilik lain. Ruang tamu.) Haha!




Yang ni pulak my besties merangkap my housemate and also my classmate. Comel comel belaka kan dorang. Kami gelar nama kami ialah Perdana Team. Sepatutnya ade 8 orang, yang selebihnya missing in action. Haha! (maklumlah time nih ramai yang bizi dengan family segala). :)


Hehe! Sangat suka ini gambar lor. Kalung emas yang kitorang pakai tuh merupakan Anugerah Ketua Jabatan atau dengan nama lainnya Anugerah Dekan la. Walaupun tak dapat pegang title Anugerah Pelajar Cemerlang, tapi ini pon dah kira syukur Alhamdulillah. Tahniah pada kawan kawan lain yang turut terima anugerah yang sama.













Last but not least, nih sebahagian aksi dari rakan-rakan sekelas. Sebenarnya, ade hampir 40 orang pelajar dalam kelas kitorang. Tapi yang ini je dapat dikesan. Sebab yang lain lain da bizi dengan family masing masing. Tapi yang sikit nih pon dah happening giler, belum campur lain lain yang tak de tuh. Yang bangganya, siap ade cameraman dari luar pon shoot gambar kitorang. Maybe dorang temgok kitorang agak sporting kot. Time nih nak giler giler meraban sangat pon tak bleh, sebab mak ayah kiri kanan depan belakang dok perhati. Hehe! 

Ok lah semua, ini je mampu nak dikongsikan dengan korang. Nak upload banyak banyak kang tak terlarat pulak nak tengok. Tengs pada sesape yang sudi baca ok. Mata pon da ngantuk. Time to sleep :). 

p/s : Congrates to all PSA student for ur convocation. 
mood : Suka dalam duka~

love,
cdaz :)

Monday, June 13, 2011

Akhirnya, rajin jugak meng-updatekan diri setelah sekian lama :)

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Weyh, korang semua. Ana banyak rindulah sama kalian. Penangan kerja betul betul buat rase saya jadi malas nak update blog. Ditambah dengan bizi sempena majlis perkahwinan kakak. Alhamdulillah, semua nya berjalan dengan lancar walaupun sedikit kelam kabut.(maklumlah anak sulung yang kahwin). Hehe!

InsyaAllah, gambar majlis perkahwinan kakak saya akan saya update later. Tu pon kalau ade orang nak tengok lah kan. Haha! Sebenarnya, mood saya hari ni adalah sangat seronok sebab esok saya akan dapat jumpe dengan semua kawan-kawan sekelas saya (DPM-Diploma Pengurusan Perniagaan). Esok adalah hari untuk kami meraptaikan diri sebelum tiba hari yang sebenar benarnya iaitu hari rabu (15.06.11). OMG, saya sangat rindukan mereka. Semoga persahabatan yang ade ini akan kekal selama-lamanya. Ammiiin  :)

Kawan kawan, doakan majlis konvo kami berjalan dengan lancar ok :) 

p/s : Shida, sila jangan seronok sangat ok :)

Mood : berkobar-kobar. Rindu sangat dekat korang. Let begin our new memories :)

love,
cdaz :)

Tuesday, May 17, 2011

Peritnya bila tekak sakit. Huwaaa!!!~~~

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Mood hari nih adalah sangat kurang sihat ye. Lepas je balik dari bershopping dan packing packing barang untuk majlis kakak yang tak berapa lama lagi nih, tiba tiba kepala pusing pusing manje gitu. Masa keluar tuh dah mula rase nak bersin bersin dan selesema. Tekak pon da start gatal gatal sikit. Lepas dah siap semua benda yang patut nak di buat, saya pon ape lagi masuk bilik dan terus bom!!! baring la kunun sebab kepala pening. Elok je bangun dari tidur terus rase badan panas giler, selesema dan batuk batuk. Sakit tekak wooo! nak cakap pon sampai takde suara. Hope demam beransur pulih. Kalau cuti esok sapa nak buat keje saya yang dekat office tuh. Damn!!!


p/s : Badan da rase ok sikit, tapi sakit tekak tu yang tak tahan wooo! Mencik~ :) Doakan saya cepat sembuh ok. Thanks :)

love,
cdaz :)

Monday, May 16, 2011

Apa perasaan anda apabila dimarah???

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Berdasarkan tajuk entri hari nih, "Apa perasaan anda apabila dimarah???". Biasanya ramai yang boleh terima dan ada jugak yang tak boleh terima. Hari ini dalam sejarah. Hari nih hari pertama saya kena marah dengan bos!!! Oh damn!!! Actually sebagai pekerja tak kira lah besar atau kecil kesalahan  tuh, kita layak dimarah kalau kesalahan tuh betul betul datangnya dari kita. Tapi dalam situasi saya nih, boleh dikategorikan sebagai ditindas oleh staf dari HQ. Mentang mentanglah saya pekerja baru. Kes nak buli lah nih. Saya dah buat sehabis baik kerja yang disuruh, tapi salah saya ke if pihak HQ tak boleh nak settlekan benda yang saya dah siapkan. Tugas dorang hanyalah "open cheque" dan mintak sign dari pihak atasan. Dah bertahun tahun buat kerja tu pon tak kan still tak boleh nak paham. Sudah 3 kali saya fax benda yang sama (statement yang dorang mintak), memang agak mustahil lah biler dorang cakap tak dapat. Bila tanya, semua kata OK, tapi biler dah last last minute mula lah nak salah kan orang tuh dan orang nih.

Nasib baik ada kakak kakak office yang paham keadaan saya sebab dorang je yang tahu saya buat keje macamana kat office tuh. Dorang yang tolong jawabkan dengan bos dan bagi tahu perkara sebenar. Walaupun saya ni budak baru, setiap apa yang saya buat, saya akan tanya dekat senior-senior saya. Biler dorang kata dah boleh proceed, of course la saya proceed kan??? Biler kena marah tadi tiba tiba air mata wanita nih meleleh tak semena mena. Walaupun hanya kena marah melalui telefon, tapi terketar ketar jugaklah nak jawab. Sampai kat office tuh terdiam sekejap (malu nye wei). Lastly, kakak dekat office tuh telefon dekat HQ dan bincang perkara tuh. Memang staff kat situ putar belit punya orang. Sampai akak dekat office pon naik hangin cakap dengan die. Haish! geramnya. Time tuh memang tak buleh nak kata ape, sedih ade, bengang ade. Memang automatik buat mood jadi tak tenteram dan muka saya tak yah cakap la. Memang dah sememeh semacam aje. Sentap beb orang buat kita macam tuh. Masa cakap dekat kita sikit punya baik, bila belakang kita baik punya die goreng dekat bos sampai bos langsung tak percaya cakap orang lain.

Lastly, bos telefon lagi sekali. Time tuh memang rase taknak jawab. tapi fikir fikir balik kalau tak jawab nampak benau kita bersalah dan mengelak. Cakap punya cakap, akhirnya bos pun makin faham dengan situasi sebenar dan ade jugaklah dia pujuk sikit sikit.(mesti dia takut saya berhenti lah tu). Kakak kakak kat office tuh pon banyak tolong sebab setiap perkara yang saya buat memang saya refer dekat dorang dulu. Bukan hentam kromo ajer. Benda benda yang melibatkan duit memang tak berani nak buat ikut dan aje. Hurm, memang pengalaman betul hari nih. Tapi tak pe lah, saya redha je dengan semua ni. Semua tuh pengalaman bagi saya. Saya tak kesah kalau saya dimarah atas sebab sebab kesilapan saya sendiri, tapi disebabkan kesalahan orang lain layakkah saya dimarah. Hanya Allah yang tahu. Tapi saya terima semua ni sebagai dugaan. Hidup tak de dugaan pon bosan jugak kan??? Acececeh!


p/s : Sepatutnya bila ade sesuatu kesilapan, lebih wajar kita siasat dahulu dan dengar penjelasan dari kedua belah pihak bukan hanya dengar dari sebelah pihak sahaja. Thanks to kakak kakak office yang menyelamatkan keadaan. Sayang korang semua :)

love,
cdaz :)

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu :)

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Wah, hari nih sungguh seronok dapat bersantai santai dekat rumah. Rase rasenya semua orang dah tahu kan hari nih hari ape??? Opkos lah hari ahad. Hari di mana kita sebagai anak anak akan meraikan ibu ibu kesayangan kita. Walaupun ade hari yang digelar Hari Ibu, tapi korang kena ingat yang sebanar benarnya, hari hari yang kita lalui adalah hari untuk kita sentiasa mengingati dan menyayangi ibu ibu kita. Bukan pada hari ibu semata-mata. Ingat tuh :)

Rasenya semua orang sayang kepada ibu masing masing kan??? Yang masih ada ibu bapa tuh beringat ingat lah. Kasihi lah mereka selagi nyawa dikandung badan. Kadang-kadang kita alpa, apa yang kita buat tak semestinya mereka boleh terima. Oleh itu, jagalah air muka mereka. Renungkan bagaimana peritnya mereka menatang kita di dalam perut lebih kurang 9 bulan 10 hari, begitu juga peritnya hendak melahirkan kita sehingga ada di kalangan ibu ibu kehilangan nyawa ketika bertarung nasib dengan nyawa ketika melahirkan kita. Tapi anak anak zaman sekarang ramai yang menghambakan ibu bapa dan melakukan perkara perkara yang menjatuhkan air muka kedua ibu bapa mereka. Nasihat nih sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak sebab saya pon kadang kadang alpa dengan apa yang kita lakukan tanpa sedar. 

Saya takut tengok keganasan zaman sekarang hinggakan ada anak yang sanggup memukul, membunuh ibu hanya kerana hendak apa yang dorang inginkan. Tapi kadang kadang sang ibu sanggup bertahan kerana terlalu sayangkan anak anaknya. Benar kata pujangga, Kasihnya ibu di bawa ke syurga, kasihnya ayah setiap masa. Tak akan ada anak yang dapat membalas jasa ibu bapa sepertimana ibu bapa bertungkus lumus membesarkan mereka. Kalau dulu, hanya berbekalkan RM300 sebulan pon sudah mampu untuk menyara dan membesarkan anak-anak. Tapi bila anak anak dah gaji lebih dari RM 3000 pon belum tentu dapat sara ibu bapa. 

Walaupun ayah saya sudah 2 tahun meninggalkan kami sekeluarga, tapi saya masih bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang amat menyayangi anak-anaknya. Walaupun, kadang kadang dia berleter sebab kenakalan kami, tapi kami tahu dia inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. One more thing, kami sayang mak dunia akhirat. 

Walaupun mungkin ade yang kata, "kenapa kau nak kecoh kecoh mention kat public yang kau sayang mak kau??? asal kau tak cakap direct je kat mak kau???". Actually, ungkapan sayang tuh memang dah diungkapkan tapi takdelah berjela jela macam nih. Takkan lah korang nak wish kat mak korang pon korang kena buat karangan dulu ye tak??? Nonsense lah wei. Just say as long as you want to wish to your mum. Atleast hati mak kita pasti tersentuh bila dia tahu yang kita sayang dekat dia. Tapi bagi sesapa yang tak suka kita nak mention dekat sini, AAKPK??? Ini blog saya. Saya tuan punya blog. Sukahati saya lah. >_<

Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik dan panjangkanlah umur seluruh ibu-ibu agar mereka mampu mendidik dan mengasuh anak anak mereka menjadi anak anak yang soleh dan solehah serta menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan lebih sempurna sebelum tiba masa mereka menutup mata untuk selamanya. Amiinnn Ya Rabbal Alamin. 


Last but not least, sayangilah insan yang korang gelar mak, ibu, mama, ummi, mummy, amma dan apa apa je lah yang sama waktu dengannya. Sememangnya insan insan ini tiada galang gantinya. 

p/s : Sayangilah ibu bapa anda selagi mereka ada supaya kita tidak menyesal dikemudian hari. Tanpa mereka siapalah kita di muka bumi Allah ini. 

love,
cdaz :)

Zhifilia - Aishiteru

menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
***
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali


kembali ke ***

love,
cdaz :)

Thursday, May 5, 2011

Mata Panda Pagi Pagi

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Seawal lapan pagi da tercongok kat opis nih. Wei, ape kehal nya lah asal masuk opis je mesti nak mengantuk bagai. Tapi memang layak pon mengantuk pagi nih sebab malam tadi bercinta betul nak tidor. Nak tidor pon amik mase dekat 2 jam baru leh terlelap. Hampeh betullah. Tapi takpelah, kejap lagi nak buat "coffee" untuk hilangkan mengantuk ni ha. Dah panda betul rase mate nih. Hehe. Kepada Cik Nisa ku sayangsss, disebabkan you suke buat coffee, please make me a cup of coffee. Please, you cuti hari nih kan??? Haha.

Okeh lah you alls, nak sambung buat keroja kejap ni ha. Mata dah naik juling tengok nombor hari hari tu yang update entri sekejap dua kejap tuh. Kuang kuang kuang. Hehe.


p/s : Wahai cik mata ku sayangs, please wake up dear. Jangan lah nak panda sangat  :)

love,
cdaz :)

Monday, May 2, 2011

Kembali Bekerja Setelah Tiga Hari Bermalas Malas Beserta Akibatnya :')

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Perghhhh!!! Mengantuk gilosss mata hari nih. Wei, ape kehal nya lemau sangat kau hari nih cda oiii. Dah la hari nih bangun lambat and for sure lah masuk lewat kan. Pastuh shawl tak sempat nak pakai dengan sempurna. Dan dan dan korang mesti nak tau yang satu lagi nih. Tadaaaaa!!! Saya tersalah pakai kasut. Hambik kau cdaaa. Sepatutnya saya pakai kasut pergi kerja, tapi nih dengan sesuka hati(sebab tak perasan), tersarung selipar adik sedara. Dah lah besar gedabak selipar dia(maklumlah saiz lelaki). Sumpah kelakar wei. Asik tergelak sorang sorang je dari tadi. Mana tak nya dengan bangun lambat lah, tak sempat pakai shawl betul betul lah, silap sarung kasut lah, masuk lambat lagi. Perrrggghhh! dugaan betul pagi pagi nih. Wei, sila jangan gelak gelak kalau korang bace. Nak terputus urat kentut sebab gelak kan diri sendiri. Haha.

Tapi dalam masa yang sama aku seronok gilosss sebab my mum nak balik dah dari kampung hari nih. Wah wah wah I rindu my mum so muchi muchi la. Hari hari my mum call kitorang tanya khabar, buat apa kat rumah, makan apa, masak apa. Dan yang paling tak boleh belah tahap maksimum, adik saya sesuka hati je cakap dekat mak hari hari makan nasi goreng aje, padahal kitorang masak sikit punya sedap untuk dorang makan. Takpe takpe. Haha! Paling benci sebab my mum pergi jalan jalan kat langkawi diam diam woo. Dah sampai resort sana baru nak bagitahu kitorang. Sabor jela. Sebenarnya mak pergi langkawi pon bukan nak bercuti cuti je, tapi nak jemput saudara mara arwah abah yang ade dekat sana sebab InsyaAllah bulan enam ni my older sister nak kahwin. So alang alang dah ade kat sana, mak pon jalan jalan lah sekali sambil shopping sikit sikit.
Wah wah :)

Apepon saya doakan keselamatan mak dan adik dalam perjalanan balik ke rumah. Semoga perjalanan lancar dan takde sebarang masalah. Amin :)


p/s : Sudah berfikir hadiah ape yang nak di bagi kepada my mum sempena Hari Ibu yang bakal menjelang tiba. Korang macamane???

love,
cdaz :)

Friday, April 29, 2011

Gula-Gula??? 24:7???

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Sebenarnya semalam lagi nak post kan entri pasal dua kumpulan makhluk nih. Tapi tak berkesempatan sebab pergi shopping shoping kejap semalam. Balik balik je, tengok Maharaja Lawak lepas tuh terus tidur. Penat tak hengat kau! Okeh back to the point, rase rasenya sesiapa yang rajin baca blog blog mesti ramai yang cerita pasal dua group dari Malaysia ni yang perasan K-Pop. Kumpulan yang dimaksudkan ialah kumpulan Gula-Gula(girls) dan kumpulan 24:7(boys). Agak agak korang la, dorang nih tau tak ape definisi K-Pop tuh???Haish, pening tengok dorang nih. Bukan nak menghina, tapi rasenya eloklah ukur baju di badan sendiri dan sedar sedarlah kamu tuh dari mana. Kalau kita tengok artis Korea, dorang pakai lah ape pon, design la ape pon dekat badan dorang, dorang still nampak comel. Ditambah pulak muka dorang yang dah semulajadi comel dan putih putih melepak semuanya. Ikat rambut toncet toncet macamana pon still lagi cumelllsss. Lagipon, dorang pakai macam tuh mak bapak dorang tak kesah pon. Tak de istilah aurat pon dalam hidup orang kapior nih So, lantak dorang la nak pakai ape pon. Tapi tak dinafikan orang-orang Korea memang comelllsss sesangat okeh. Awww!

Jom kita tengok dua kumpulan makhluk nih, terkejut atau tak, korang nilai lah sendiri :





Kat atas nih nama kumpulan nya ialah Gula-Gula. Ape motif die letak name group camni pon tak tahulah. Maybe dorang suke benau makan gula-gula kot. Cari lah nama yang klasik sikit, tempe ke, serai ke, bawang ke. Tak ke klasik namanya tuh. Haha! Kalau korang tengok gaya dorang tuh agak agak ape korang pikir pasal dorang??? Tak dinafikan, mesti ade yang tak boleh terima kan??? Tak sesuai kot duduk Malaysia pastuh nak perasan Korean siap pakai ala-ala Korean gitu. Kalau korang pergi Amerika ke, Zimbabwe ke, kompom takde orang nak marah korang pakai camtuh. Ingat lah wei ni Malaysia ok!!! Malaysia!!! bukan Korea.




Ha, yang nih lagi tak boleh belah. Nama kumulan nih ialah 24:7. Geli ade, menyampah ade, nak tergelak pon ade. Wei, anak sapelah korang  nih. Pergi balik lah, mak bapak dah tunggu kat rumah tuh. Cubelah korang tengok gambar dorang yang first tuh. Agak agak diantara dorang nih ade tak yang korang nak sedekah tangan atau kaki kat dorang??? Serius geli weh tengok dorang dress up camtuh. Sedar sedar la wei korang korang kat atas tuh. Dah macam ape dah tuh. Ade diantara dorang nih (taknak tunjuk yang mane satu) muka cam mat rempit pon ade tapi nak perasaan K-Pop. Ooooohhhh Emmmmmmm Jaaaaayyyyyy. Lagi bertambah haru siap ade yang pakai seluar pink dan gaya gaya ala Korean bagai, memang tak masuk langsung dengan korang okeh(maaplah kalau sentap). 

Tak salah kita nak fanatik, tapi agak agak lah u alls oi. Orang lain pon fanatik gak, mostly golongan remaja semua minat K-Pop, tapi takdelah over shadow cam dorang ni pon. Macam saya pon sejak duduk rumah sewa, dah mula minat lagu Korea nih(sebab kawan kawan semua hantu K-Pop okeh). Tapi kitorang tak de plak nak tiru ape yang dorang pakai dan ape yang dorang buat. Minat is minat. Takde lebih lebih sampai nak memalukan diri sendiri. Korang ade mata korang lihat, korang ade mulut korang cakap, korang ade telinga korang dengar, korang ade otak korang pikir lah sendiri oi!!! :)


p/s : Sape setuju, sila angkat tangan macam saya :)

love,
cdaz :)

Bosannya :(

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Bosannya lah hari nih sebab my mum balik kampung. Sampai hari selasa pulak tuh. OMG, sepanjang beberapa hari nih memang kena hidup berdikari. Masak, kemas rumah, cuci pakaian sume kena buat sendiri. Bukan bermaksud sebelum nih mak yang buat semua, tapi bile hari hari bekerja nih selalunya bahagi bahagi kan tugas supaya rumah tak delah bersepah sangat. Haha! Tapi yang paling penting sudah semestinya lah rindu masakan mak. Huhu! ntah ape ape lah menu yang kitorang godam esok. Biasanya time time cuti memang mak dengan adik je yang rajin masak. Tapi esok maybe saya dan kakak saya yang masak. Haha! Bedal je la ye adik adik ku ape yang kakak kakak ko nih masak. Jangan banyak komplen. Actually masak nih bukan susah sangat. Janji cukup bahan-bahan mesti jalan(bedal) punya la. Bukan tak biasa hidup berdikari, dulu kat rumah sewa pon selalu gak godam godam menu masak dengan kawan kawan, tapi bile dekat rumah ni jadi malas pulak bab bab masak. Maklumlah semua nak mak yang masak. Kesian mak I tau(bukan buli ye, tapi rasenya semua orang macam tuh sebab masakan dari air tangan mak kita memang takde tandingan. Betul tak??? Haha. Oklah, nak mandi mandi jap. Solat Maghrib pon belum lagi nih, karang solat ke mana, tuan nye pon kemana. Jumpa lagi :)


p/s : Apelah idea nak buat surprise untuk Hari Ibu nih :)

love,
cdaz :)

Wednesday, April 27, 2011

Chicken Chop lai :)

Assalamualaikum 

Hi readers!
Sebenarnya tak de mood nak buat enti malam ni sebab badan rase letih letih. Cume nak bagitahu saya baru bedal Chicken Chop malam malam buta sebelum nak tidur nih(macamane nak diet ni babes asik mentekedarah je). Blurrrrrppp Alhamdulillah. Ok lah korang da malam ni. Pada yang bekerja , selamat bertugas esok dan pada yang masih belajar jangan tidur lewat.  Good Nite~


p/s : Good luck pada kawan-kawan yang sedang getir menghadapi exam. Go! Go! Chaiyok korang :)


love,
cdaz :)

Monday, April 25, 2011

Happy Birthday Si Body Builder :)

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Mesti pelik kan kenape saya letak perkataan "body builder" tuh kan??? Ha, nak tahu jom kita layan sedas dua gambar yang ada. Mahap la yer, gambar tak banyak sebab ramai gambar, opsss! silap lak, banyak gambar yang rosak la korang. Bukan rosak ape, tapi gambar tuh banyak kasi gegar gegar jugak. Haha! Actually korang ingat lagi tak dengan ENTRI yang mak cik saya rancang nak buat surprise. Then ini lah surprise nya. Tapi simple simple jer la. Yang penting dua dua si penyambut birthday tuh terkejut sebab tak sangka ade kejutan. Haha! Hambik kau :)


Ok! First sekali nih gambar kek untuk birthday dorang. American Chocolate Cake. Harga RM58 sekilo kalau tak silap lah. Sedap tuh memang sedap tapi dia punya coklat memang boleh buat rase muak. Kek sebesar ni berjaya dihabiskan kira kira 20 orang. Memang kenyang walaupun dok hadap kek je. Coklat dia memang banyak gila. Sumpah kenyang.




Ha! kat atas nih aksi terkejut sebab dua orang pemangsa nih tak sangka kek tuh sebenarnya untuk dorang berdua. Yang baju hijau tuh namanya Amy. Yang sebelah die pakai tudung kelabu dengan baju hitam tuh pulak mak die (mak itam) dan gambar last nih ayah die yang kitorang panggil Pak Itam tuh. Yang lain lain tuh macam biasa lah nak menempel jadi glamour jap. Haha! Dorang tak expect pon kene celebrate camnih. Si Amy tuh siap pakat nak keluar lagi sebab die memang tak expect ape ape langsung.

Berbalik pada perkataan "body builder" tadi. Korang perasan tak badan si Amy tuh. Cube teka umor die berapa??? Biler tengok depan depan mesti orang ingat umor die dalam 20++, sebab bentuk badan dia yang ketak ketak and sometimes ada janggut misai bagai. But the truly is his age is 19 years old. Kenapa badan die ketak ketak??? Sebab die selalu pergi gym then angkat berat. Die mula berkecimpung dengan dunia angkat berat nih masa umor die 17 tahun. Time sekolah dulu badan die memang kecik la. Memang tak sangka jadi macam ni sejak die angkat berat. Dulu berat die pon sedih je nak cakap between 35 untill 40 cenggitu jer. Now da jejak 60++. Tapi kena rajin pergi gym la buat latihan and selalu jaga pemakanan. Ubat die pon boleh tahan mahal. Budak ni selalu kopak duit mak dia je nak beli ubat walaupun die dah kerja. Haha! Untunglah jadi anak bongsu. Mintak ape pun dapat. Kereta dapat, motor pon dapat. Tinggal pakai je, orang lain yang tolong bayar kan. Besttt kan kalau dapat macam tuh.

Tapi yang kurang besttt nya sebab tak dapat nak baling baling telur ke, tepung ke. Almaklumlah sambut degan orang orang yang lebih berumur nih kita kena lah respect ye dak??? Kalau dengan member member acara kena mengena kan orang time birthday memang sesuatu yang WAJIB. Ok la, cakap panjang panjang pon nanti tah hape hape lagi la yang melalut. Last but not least. Happy Birthday to Amy-19 and Pak Itam-50. Semoga panjang umor dan murah rezeki. May Allah Bless You :)


p/s : Teringat masa kawan kawan lumur satu badan dengan asam jawa masa birthday. Eyaaaakkksssss! Tapi seronok. Miss that moment ever :)

love,
cdaz :)

Thursday, April 21, 2011

Si Gadis Youtube???

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Hope semuanya sedia awesome lagi gojes. Entri saya kali ini tentang Gadis YouTube


Ha. Ni la Gadis YouTube yang saya maksudkan tuh. Korang kenal tak??? Honestly, saya tak kenal pon sape that girl ni. Today baru tahu.(ketinggalan ke i nih???). Padahal kat blog die dah ramai gilosss followers die. Jom kita kenal die kejap hokeyyy. Cekidaud :)


Her name is Imratul Najwa Abdul Latif @ Najwa Latif. She is 16 years old.(budak lagi kau nih rupanye). Najwa ni katanya menggunakan laman YouTube nih untuk berhubung dengan bapanya yang mengajar di luar kawasan. Dia jugak selalu memuatnaik video dekat di YouTube untuk tatapan ayahnya. Then dekat situ lah die mula jadi tumpuan umum(dah macam Anna Rafali pulak bile orang kenal dekat Youtube). Sekarang ni die dah pon menjadi artis muda di bawah syarikat rakaman NAR Records yang mane syarikat rakaman ni bersungguh sungguh dan terbuka dengan perjuangan muzik akustik Najwa nih. :)

Single terbaru beliau bertajuk "Cinta Muka Buku" a.k.a cinta "pesbuk" la kott.(sedap jugak lah lagu die). Klik SINI untuk layan dan klik SINI untuk follow blogspot die. Ahaksss~~ Semoga beliau berjaya mengejar cita cita nye :)


p/s : Najwa ni tingkatan 4 dah jadi artis, awok dulu tingkatan 4 sibuk dok berkawad kaki kat sekolah nun. (Sampai kene bebel bebel dengan mak mase dulu dulu).Hahahah! :)

love,
cdaz :)

Kad Kahwin Sempoi Habis :)

Assalamualaikum :)


Hi readers!
Tadi belek belek blog Beautifulmaria, ops silap! Beautifulnara.
(beberapa hari ni punya lah susah nak open blog nih sebab ade masalah teknikal sebab ramai yg nak akses blog nih). Salah satu penyibuknya ialah saya la. Haha! Tiba tiba jumpe entri pasal kad kahwin Zed Zaidi dengan bakal isteri Natalia Mustafa Kamal.

Yang menariknya kad kahwin dorang nih berbentuk laman sosial "pesbuk" hokeyyy. Nak tahu kenapa??? Sebab perkenalan dorang nih bermula dari pesbuk ni la. For sure, mestilah dorang nak imbau balik detik perkenalan dorang yang serba moden nih(kalau dulu ade internet, sekarang macamana la gamaknya ye???). Sekarang semua dekat di hujung jari babes.(bangga tak??? bangga tak???) Haha!

Cekidaud kejap picture "wedding card" diorang. Sempoi abis. Kau hadoo??? :)




Sweet tak??? Lain dari yg lain kan??? Btw, hope perkahwinan dorang nih kekal sampai hujung nyawa dan bahagia selamanya.(kad dah cantik cantik nih, mesti syg nak buang kan???)


p/s : Ni baru kad bentuk FB, kalau yang berkenalan dan bercinta melalui Tweeter or Blog macamana pulak??? Haha! Lu pikirlah sendiri!!! :)

love,
cdaz :)