Powered By Blogger
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Do not be hasitate to follow me and feel free to drop your comment. Thank You! Please come again :)

Wednesday, March 30, 2011

Kangen

Assalamualaikum :)


Hi readers!
Aduhai. Syahdu je bile teringat zaman zaman kegemilangan dulu. Mulalah hati ni nak sentap (touching lebey pulak ko ni cda). Yela, masing masing dah ade haluan masing masing. Ada yg belajar, ada yg da kerje. Hope semua masih boleh nak still kan hubungan persahabatan ni.
Tadi belek punya belek gambar kat lappy tetibe nampak piccy kitorang masa kuar pergi Sunway arituh (dah 2 bulan lebih kot kitorang keluar). Saya dengan sukahatinya pon mengedit gmbar2 nih supaya nampak lebih macho dan chun! Haha! Layan jap pict nih jom :)


Ha, ni pict kami masa makan kat Wendy's (kalau datang sunway nih tak sah kalau tak bedal Wendy's ni)
Captured by Mr Nadzri. (tq bro!!!, Nanti Cik Mija belanja hang makan no!)


Ha nih la En Nadzri (kekasih hati Cik Miza). Hope hubungan ni kekal sampai bila bila. Jangan gaduh gaduh, penat sy jadi orang tengah. Haish! ;)



Ha, ni pulak gadis sunti yg telah pon disunting oleh kumbang (ops!! sume da berpunya kan???)
Love all of u ketat ketat. Muahx :)



Ni pulak Cik Hijrah(biru) dan Cik Anim. Ala kuci kuci. Senyum senyum manje gitu. Auww!
Love U too :)










Kat atas nih pulak aksi aksi dekat luar Sunway lepas semua dah siap bedal (makan la) dan tengok wayang cerita PARANORMAL (kompom pasnih tak nak pg tengok cerita camtuh!) Hehe! Sesuke hati je nak kondem orang ye cda! Lalala~


Aduss! sumpah gambar ni menyeramkan dan memalukan gila, tp still gak nak upload untuk tatapan member member tersayang. Woi! Cik Dya, Cik Miza dan Cik Nisa sila jangan gelak gelak (mesti guling guling dah tuh), sumpah korang jadi katak kang. Hehe! Gurau gurau manje ye syg, jangan sentap :)


Cik Atin - Chinese Look Girlz. Ni Hao Ma??? Wa Pu Ci Tao??? (betul ke sebutan and spelling nye wei???). Bantai jela weiii :)




Cik Dya - Cute Girlz. Dah puji nih, bak hadiah cepat! Hehe. Nanti I tuntut hokeyyy! Hehe!


Ha! yang nih pulak Mrs. Akob. Namanya Cik Nisa. Murah dengan senyuman mak cik nih. Ala kuci kuci, senyuman ko menggoda lah nyah! I like (klon Heliza ni tp sebenrnya Heliza yg klon dia). Haha! :)


Ni pulak nama nya Cik Hijrah. Die ni orang Kajang tau. Wah wah! Ini mak cik rebonding rambut lah! Cantik! cantik!


Yang ni pulak Cik Miza (Mrs. Nadzri). Kau tak payah nak ayu sgtla miza oi. Nadzri tetap cyg ko la! Haha!



Last but not least, En Nadzri(risau benau die ni kalau miza kuar, hambek ko kuar gan kitorang skali). Tak pasal pasal u kene jadi akak akak arituh. Heheheh! Gurau je ye bro! Kalau kau sentap I ngadu dekat Cik Miza.

Cik Anim je tak nak captured sorang sorang, malu bebenau makcik tuh! Tapi time nih tak lengkap tanpa Cik Mas, Cik Ada, and Cik Daya. Gonna miss U all.


p/s : sebarang aktiviti keluar mengeluar sila maklumkan lebih awal kepada beta. Cyg U Allsss. Zasssssss~ :)

love,
cdaz :)

Maharaja Lawak

Assalamualaikum :)


Hi readers!
Entri kali ini mengisahkan tentang rancangan peberet saya iaitu Raja Lawak, di mana rancangan ini telah menggabungkan Top 3 bagi setiap musim RL. Setiap Top 3 bg setiap musim (1 sampai 5) akan bertanding sekali lagi, maka terbitlah rancangan Maharaja Lawak (hamboi nama nak gempaq seyh). Takpelah yang penting saya memang dah tak sabaq nak tonton rancangan tersebut. (mak tak  sabar nok nak tengok citer nih!!!). Tapi yg buat hati gundah gulana sekarang ni adalah diebabkan oleh rumahku yang tiada Channel untuk Astro Warna (sobab eh, sobah eh, omak den xboli channel itu). Aduss kiciwa hati kuh. Sudahlah sy fanatik dengan dengan lawak2 haram jadah diorang nih (kompom guling guling). Haha. (sebab Astro Prima ade rancangan Jaguh Kampung la pulak). T_T.

Hurm, takpelah, nanti carila mane mane port nak tumpang tengok, takpon suh mak den langgan Astro Warna tersebut. 3 bulan pun jadi lah kan. Mak please mak.(sambil buat muke rayuan gombal). Nanti nak try pujuk la. Hahahaha.

Kat sini rasenya sume orang (penonton setia RL1-RL5) dah tau sape calon calon nya kan??? Tapi I tetap nak tunjuk kat u alls semua tau sebab dalam semua calon calon nih, ade yg bergabung untuk memantapkan lagi persembahan mereka semua nih. Kalau nak diikutkan semuanya ade 15 calon, tapi disebabkan ade nya penggabungan antara mereka, maka ade 12 calon (individu@kumpulan) sahaja. Meh layan sekejap hokeyyy. (sekejap je, bukan 2, 3 kejap pon). Hehehe. Bergurau pulak. Jangan marah ha :)


~ Peserta Maharaja Lawak : Alex
~ Peserta Raja Lawak 4 (Tempat ke-3)


~ Peserta Maharaja Lawak : Amir
~ Peserta Raja Lawak 3 (Tempat ke-3)


~ Peserta Maharaja Lawak : Balas
~ Peserta Raja Lawak 5 (Tempat ke-3)



~ Peserta Maharaja Lawak : Jambu (Gandingan Yus dan Tauke)
~ Peserta Raja Lawak 1 (Juara : Yus, Tempat ke- 4 : Tauke).
(pelik jugak nape tauke boleh masuk sebab die tempat ke- 4).


~ Peserta Maharaja Lawak : Jihan (satu2nya peserta wanita, cayalah!!!)
~ Peserta Raja Lawak 3 (Naib Juara)




~ Peserta Maharaja Lawak : Jozan (gandingan Johan dan Zizan)
~ Peserta Raja Lawak 1 (Naib Juara : Zizan, Tempat ke-3 : Johan)





~ Peserta Maharaja Lawak : Man
~ Peserta Raja Lawak 5 (Juara)


=

~ Peserta Maharaja Lawak : Nabil
~ Peserta Raja Lawak 2 (Juara)



~ Peserta Maharaja Lawak : R2 (org Klang nih)
~ Peserta Raja Lawak 5 (Naib Juara)



~ Peserta Maharaja Lawak : Sepah
~ Peserta Raja Lawak 3 (Juara)



~ Peserta Maharaja Lawak : Wai (Gandingan Kecik dan Idlan)
~ Peserta Raja Lawak 4 (Juara : Kecik, Naib Juara : Idlan)





~ Peserta Maharaja Lawak : XN3 (No Entry okeh!!!) hehe
~ Peserta Raja Lawak 2 (Tempat ke-3)



Ha, amacam??? macam besh je kan??? Tapi, korang semua perasan tak yg kumpulan Cham (Along gan Azrul), pemenang tempat ke-2 musim ke-2 tu tak de??? Maybe sebab tu la kut taukeh ganti kan tempat diorang. Ape ape pon, wish Gud Luck To All of U.
Tata :)

Bolehlah like kat FB Maharaja Lawak jika mahu. Klik SINI

Mood : Exsaited giloss~
p/s : Saya sokong JOZAN, NABIL & SEPAH. Hehehehe.

love,
cdaz :)

Monday, March 21, 2011

Adik-adikku (InsyaAllah Boleh)

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Entri kali ni nak cerita pasal rancangan Final Adik-adikku kat RTM yang baru saje berlangsung dan dah tamat malam tadi (21/03/2011). Rancangan ini merupakan salah satu rancangan yang dianjurkan oleh JAKIM.


Memang seronok bile tengok adik adik nih buat persembahan, nampak cumel cumel belaka.
Siap ade yang menyanyi, bernasyid, azan, berpidato, syarahan dan macam macam yang boleh membuat orang tergelak bila tengok gelagat gelagat dan kelantangan dorang dan boleh menangis mendengar kesyahduan, kelantangan, dan kepetahan ketika kanak kanak seusia itu mampu membuat persembahan tidak petah seperti owang dewasa yang dah berpengalaman.

Saya teramatlah setuju kalau rancangan macam nih diadakan sebab kanak kanak boleh dipupuk untuk menjadi pemimpin yang berkaliber dan berpengetahuan tinggi suatu masa nanti. InsyaAllah.

3 pemenang telah dipilih dari 7 peserta antaranya ialah :


Muhammad Amirul Munir Azlin
9 Tahun

Johan:
• Piala
• RM 10,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd


Hadiah Iringan:
• Pakej Umrah dan Ziarah untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 3,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 1,000.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan


Syafiqah Fasiha Ahmad Safri
11 Tahun

Naib Johan:
• Piala
• RM 8,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 2,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 700.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan




Zaid Najmuddin Zul Akmal
11 Tahun

Tempat Ketiga:
• Piala
• RM 6,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 1,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 500.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan


Iffah Ahmad Hilmi
11 Tahun


Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abd Mohsin
12 Tahun


Siti Nur Alia Safri
11 Tahun


Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin
11 Tahun

Saguhati:
• Piala
• RM 3,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 300.00 sumbangan Tabung Haji
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Juara Muda dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Baucer bernilai RM 500.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan


Tahniah kepada sume peserta Adik-adikku, InsyaAllah Boleh! :)


p/s : Lagi bagus suruh kanak kanak buat rancangan macam nih dari perkara perkara yang kurang pekdah :)

love,
cdaz :)

Sweetnya Pengantin

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Korang semua, hari tu sy dah janji kan nak upload gambar wedding Kak Amy and her spouse, Abg Zull. Now I already upload the picture hokeyyy. Cakap banyak tak guna kan??? Jom kita layanz sekejap :)


Ni time nak akad nikah. Time nak akad ni ada dua pasang pengantin dinikahkan. Kak Amy dan Abg Zull giliran yang ke dua dinikahkan. Alhamdulillah, sekali lafaz je dah sah Kak Amy jadi bini orang :)




Yang kat atas ni pulak gambar selepas upacara batal air sembahyang. Nampak secocok kan dorang??? Gandingan warna putih dan biru turquoise memang menarik. Hehe. I like~~~


Ha! Ni lah dua orang kuat masa perkahwinan Kak Amy dan Abg Zull. Dorang nih kembar sebenarnya. Yang shawl colour coklat - Lin(kakak) dan yang shawl pink - Lina(adik). Sorry kedua dua nya sudah berpunya hokeyyy. Hehe. Sebarang surat menyurat tidak akan di layan. Pergh! macam glamour pulak :)


Antara rakan rakan yg sudi hadirkan diri. Dari kiri : Cik Susi, Cik Cda, Cik Farra(MPK), Cik Asma, Cik Anim.


Bile pengantin dah siap, kitorang pon amik kesempatan lah posing kejap dengan that bride. Serius baju dan make up Kak Amy memang naik seri :). Tak sia sia ambil mak andam jauh jauh.


Ni pulak pasangan merpati dua sejoli. Nampak tak kesejoliannya tuh??? Wei, bile korang nak belanja kitorang makan nasi minyak korang pulak nih. Huahuahua!(gelak jahat) :)



Yang ni pulak namanya En.Kamal merangkap kawan sekelas dengan Cik Kembar dan En.Dzakwan. Dorang semua satu kelas masa dekat Poli dulu. Baru lepas baik dari excident mamat nih. Hope cepat sembuh la yer :)






Yang makcik 3 orang nih tak payah cakap la tak habis habis nak posing. Penat tunggu pengantin sebab tak bersanding sanding lagi time nih, so dorang amik kesempatan la.(nak ambik berkat la tuh). Masa jumpa dorang nih memang rase nak pecah perot pasal dah lama tak gelak dan buat lawak same same. Korang memang sempoi babe! :)


Time ni pulak pengantin pompuan dah bersama dengan pengantin lelaki berarak menuju ke tempat acara baling gula gula :)


Masa nih pulak mempelai sedang menanti untuk acara baling gula gula. Hahaha. Sabar ye sabar!.


Ha, nampak tak pengantin tengah bersusah payah nak bukak kotak gula gula tuh. Budak budak kecik sume da tak sabar nak dapat gula gula :)


Kak Amy : Ha, boleh pun bukak, ingatkan tak buleh.
Abg Zull : Tengok la sape yg bukak. :p



Abg Zull : Ha, amik ni. Jangan rebut rebut. Suma dapat yer!
Kak Amy : Rase nak makan pulak gula gula nih. Nyum2!



Yeah! Time nih budak-budak lah orang yang paling seronok nak dapat gula gula. Yang golongan makcik makcik pun tak ketinggalan nak join :)










Ni pulak time mempersandingkan diri bagi sang pengantin. Pak pak keboom keboom! Merah menggoda u! Auwww! (Gedixxx time).


Last but not least, tak de ape lagi yang diharapkan melainkan sebuah harapan. Hope perkahwinan ini adalah yg pertama dan terakhir bagi sang pengantin. Semoga pengantin berbahagia hingga ke hujung nyawa dan semoga zuriat yg dilahirkan comel comel belaka :)

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK AMY & ABG ZULL
Amiin~~~

p/s : As soon kembar pulak sambung warisan. Hehehe!

love,
cdaz :)