Powered By Blogger
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Do not be hasitate to follow me and feel free to drop your comment. Thank You! Please come again :)

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu :)

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Wah, hari nih sungguh seronok dapat bersantai santai dekat rumah. Rase rasenya semua orang dah tahu kan hari nih hari ape??? Opkos lah hari ahad. Hari di mana kita sebagai anak anak akan meraikan ibu ibu kesayangan kita. Walaupun ade hari yang digelar Hari Ibu, tapi korang kena ingat yang sebanar benarnya, hari hari yang kita lalui adalah hari untuk kita sentiasa mengingati dan menyayangi ibu ibu kita. Bukan pada hari ibu semata-mata. Ingat tuh :)

Rasenya semua orang sayang kepada ibu masing masing kan??? Yang masih ada ibu bapa tuh beringat ingat lah. Kasihi lah mereka selagi nyawa dikandung badan. Kadang-kadang kita alpa, apa yang kita buat tak semestinya mereka boleh terima. Oleh itu, jagalah air muka mereka. Renungkan bagaimana peritnya mereka menatang kita di dalam perut lebih kurang 9 bulan 10 hari, begitu juga peritnya hendak melahirkan kita sehingga ada di kalangan ibu ibu kehilangan nyawa ketika bertarung nasib dengan nyawa ketika melahirkan kita. Tapi anak anak zaman sekarang ramai yang menghambakan ibu bapa dan melakukan perkara perkara yang menjatuhkan air muka kedua ibu bapa mereka. Nasihat nih sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak sebab saya pon kadang kadang alpa dengan apa yang kita lakukan tanpa sedar. 

Saya takut tengok keganasan zaman sekarang hinggakan ada anak yang sanggup memukul, membunuh ibu hanya kerana hendak apa yang dorang inginkan. Tapi kadang kadang sang ibu sanggup bertahan kerana terlalu sayangkan anak anaknya. Benar kata pujangga, Kasihnya ibu di bawa ke syurga, kasihnya ayah setiap masa. Tak akan ada anak yang dapat membalas jasa ibu bapa sepertimana ibu bapa bertungkus lumus membesarkan mereka. Kalau dulu, hanya berbekalkan RM300 sebulan pon sudah mampu untuk menyara dan membesarkan anak-anak. Tapi bila anak anak dah gaji lebih dari RM 3000 pon belum tentu dapat sara ibu bapa. 

Walaupun ayah saya sudah 2 tahun meninggalkan kami sekeluarga, tapi saya masih bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang amat menyayangi anak-anaknya. Walaupun, kadang kadang dia berleter sebab kenakalan kami, tapi kami tahu dia inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. One more thing, kami sayang mak dunia akhirat. 

Walaupun mungkin ade yang kata, "kenapa kau nak kecoh kecoh mention kat public yang kau sayang mak kau??? asal kau tak cakap direct je kat mak kau???". Actually, ungkapan sayang tuh memang dah diungkapkan tapi takdelah berjela jela macam nih. Takkan lah korang nak wish kat mak korang pon korang kena buat karangan dulu ye tak??? Nonsense lah wei. Just say as long as you want to wish to your mum. Atleast hati mak kita pasti tersentuh bila dia tahu yang kita sayang dekat dia. Tapi bagi sesapa yang tak suka kita nak mention dekat sini, AAKPK??? Ini blog saya. Saya tuan punya blog. Sukahati saya lah. >_<

Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik dan panjangkanlah umur seluruh ibu-ibu agar mereka mampu mendidik dan mengasuh anak anak mereka menjadi anak anak yang soleh dan solehah serta menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan lebih sempurna sebelum tiba masa mereka menutup mata untuk selamanya. Amiinnn Ya Rabbal Alamin. 


Last but not least, sayangilah insan yang korang gelar mak, ibu, mama, ummi, mummy, amma dan apa apa je lah yang sama waktu dengannya. Sememangnya insan insan ini tiada galang gantinya. 

p/s : Sayangilah ibu bapa anda selagi mereka ada supaya kita tidak menyesal dikemudian hari. Tanpa mereka siapalah kita di muka bumi Allah ini. 

love,
cdaz :)

2 senyuman menawan:

mila said...

saya pon syg mama saya...setiap org sayangkan mama dia :-)

semoga mama-mama kite dipanjangkan umor dan kite dapat balas jasa diorg :-)

ajax85 said...

sy syg mak

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment