Powered By Blogger
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Do not be hasitate to follow me and feel free to drop your comment. Thank You! Please come again :)

Saturday, April 16, 2011

R2 Tersingkir ML Minggu Ke-3

Assalamualaikum :)


Hi readers!
Semalam dalam Maharaja Lawak, kumpulan R2 tersingkir. Tak puas hati jugak bile dorang ni keluar sebab bagi saya mereka ni berada dalam kategori yang berbakat jugak la. Tapi maybe tak de rezeki dorang malam tadi. Nak tak nak accept jela keputusan yg memang 50% undian dari penonton dan 50% dari juri tuh. Memang tak dinafikan persembahan dorang agak hambar malam tadi, tapi rasenya mereka masih patut boleh diberi peluang. Pelik kenapa Amir tak keluar sedangkan undian die paling rendah malam tu kott. Rezeki die la tuh kan.

Ok! Lupakan pasal tuh. Sekarang saya nak puji persembahan Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu. Memang SUPERB! gilosss lah. Sekarang nih saya dah berjinak jinak nak suka kumpulan Jambu sebab presentation dorang atas pentas memang sangat konsisten every week.(jadi calon kegemaran mamat khalid pulak). Wah, mak suke nok! Memang penat gelak gelak tengok lawak dorang. Memang terbaik dari ladang la. Haha!
  
Hooreeyy! Hari ni jugak saya ada perasaan gembira, suka, sedih, bengang. All in one. Complete hokeyyy! Tapi biarlah saya sorang je yang tahu. Kang cerita kang tak lalu pulak korang nak baca kan. Ok la korang, saya mahu challo dulu. Mau mandi lah. Take care :)

love,
cdaz :)

Wednesday, April 13, 2011

Bersabarlah kawanku.

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Hari ini sekali lagi saya dikejutkan dengan satu lagi berita sedih. Lepas je saya tahu yang ibu kepada kawan saya meninggal, saya dapat satu lagi berita baru berkenaan dengan bestie saya masa sekolah menengah dulu dulu. Cerita die macamnih, sebelum ni saya ade dengar ura ura jugak yang kawan saya ni maybe akan bertunang tahun ni dan tahun depan maybe die akan nikah@kahwin.

Tapi yang saya simpati sangat, dia ditinggalkan oleh insan bernama "kekasih" tanpa sebarang sebab musabab yang die sendiri tak pasti. How come??? Memang kesian tengok die babes. Memang dia jiwa kacau sekarang nih. Sungguh besar dugaan ini.(sabaq ye cyg).

Satu je saya harap, die bersabar dengan dugaan ni. Hope Allah permudahkan perjalanan hidup die yang semakin celaru saat ni. Ingat babes, kau masih ada family dan kawan kawan di sisi dan jangan lupa yg paling Agung adalah Allah S.W.T(pada DIA lah tempat untuk kau lapangkan dada dan tenangkan pikiran dalam dalam). Think positive dan cuba renung balik ape kesilapan kita pada si die (mungkin si die tak boleh terima kesilapan kita tu @  mungkin si die sukar untuk memahami siapa kita sebenarnya) tanpa memikirkan kebaikan kita semata mata pada si die. Walaupun saya tak de dalam situasi ni, sebagai kawan hanya dorongan dan nasihat je lah mampu nak bagi.(tak pe kan saya nasihat awak???awak tak marah kan??? Hehe!). Ingat, kalau ade jodoh kau dengan dia pasni tak kan lari ke mana :)

Saya tahu kau kuat dan kau boleh hadapi nya dengan redha(Allah tahu kita boleh hadapi ujian ni, sebab tu DIA uji hamba-Nya). Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan kawan saya termasuk kawan kawan baru dekat blog nih :)(Bukan auta ye).

Ini lah dinamakan ujian dan dugaan, sekuat @ sehebat mana pon hamba-Nya merancang, hanya Allah sahaja yang layak mengubah dan menentukannya. Kita kene ingat bila kita diuji tanda Allah sayang kita.(saya suka Allah sayang saya) :)

Kat sini ade beberapa tips @ panduan untuk tatapan korang semua yang mudah kecewa @ patah hati.(juga peringatan untuk diri yang lemah ini). Meh klik SINI meh(jgn malu malu).

Ok lah, dah ngantuk nak tidur. Jangan lupa sentiasa maafkan semua orang sebelum tidur hokeyyy! :)

p/s : Kawan2, jom muhasabah dri :)

love,
cdaz :)

Al-Fatihah to Family Akmal

 Assalamualaikum :)

Hi readers!
Hari ini dapat berita sedih dari kawan sekelas (Ilmi) tentang ibu kepada rakan sekelas kami semasa di Diploma (Amal) telah meninggal dunia pd pukul 8.30 pagi (kalau tak silap lah). Sebelum ni pon Amal pernah bagitahu jugak yang mak die sakit dan tenat. Tapi ini lah yang dinamakan ketentuan. Kita sebagai manusia hanya  mampu merancang, hanya Allah yg menentukan. Kadang kadang dalam kehidupan ni ada rase takut dan gerun jugak, mana la tahu esok lusa giliran kita pulak kan??? Yela, amalan pon sekangkang kera, terasa terlalu rendah di sisi-Nya :(

Di kesempatan ini jugak, saya mohon kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya sama ada baru kenal @ telah lama berkenalan, maafkan lah saya dari segenap dimensi, dari hujung rambut hingga hujung kaki :)

Walaupun belum raya untuk bermaaf-maafan, tapi tak salahkan kita lakukan sedemikian??? kerana memaafkan tu adalah sebaik baik perbuatan =) Kadang kadang kita alpa tanpa kita sedar orang sekeliling kita terasa dengan sikap kita sepanjang hidup kita.(peringatan untuk diri sendiri jugak). Oh Allah, I need Your forgiveness :)



p/s : Kadang kadang kesedaran memang boleh mematangkan kita. Nak amalkan sebelum tidur sentiasa maafkan orang lain. :)

love,
cdaz :)

Monday, April 11, 2011

Yummy Yummy!!!

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Mood hari ni sangat penat, sebab banyak kerje dekat opis. Dengan pekerja yg dah berhenti tapi monthly reportnya tak disiapkan lagi.(Tak pasal pasal mak kene settlekan semua kerje die noksss). OMG, baru masuk kerje macam macam ghupe keje I kene buat. Takpela, I'll try my besttt. Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini supaya terus bersabar. Nasib baik dapat partner @ office mate yang sangat sporting dan boleh masuk air sampai tak larat asik nak gelak je dengan die.(maklumlah kami suke gelak gelak). Haha! atleast terasa lah ringan sikit beban dekat kepale ni. Bukan tension ape pon, cume pening nak layan perangai orang yang tak paham bahasa ni. Huhu!

Tak boleh tahan, time rehat kitorang tak keluar lunch pon, tapi time keje saya keluar pergi beli ice cream Cornetto Royale Blackforest dan makanan ringan ringan sikit nak alas perut lah konon.(nasib baik bos tak de). Hehe!


Cornetto Royale Blackforest ni boleh tahan la rasenya. Tak penah try pon flaver yg nih, tapi rambang mate sebab terlalu banyak choice kat situ. Lastly decide nak pilih yg ni jugak.
Nak yang ni jugak uncle! Tak kira! Tak kira! Uncle, sila lempang je budak nih. mengada benau. Kedainya pon takdelah jauh mane. Tapi jgn ingat I makan gaji buta je tau. Time tuh memang tahap tak boleh nak tahan langsung rase lapar yang dah siap main lagu zapin dengan mak inang dalam perut nih ha. Haha! Tu yang pakat kuar kejap pergi beli jajan sikit. 

Jam bru pukul 8.30 malam, tapi mata rabak semacam. Ngantok gilosss. Hehe! Takpelah korang, I nak buat ape yang patut dulu, then terus tidur. Haha!(anak dara, anak dara). Sila jangan terpegun dengan tingkah laku anak dara ini hokeyyy!

love,
cdaz :)

Sunday, April 10, 2011

Bla, bla, dan bla~~~

Assalamualaikum :)


Hi readers!
Nampak tak tajuk entry kat atas tuh??? Nampak benau tak de idea kan??? Tuh tandanya si tuan punya blog nih kepalanya mereng kejap pagi pagi buta nih. Hari ni seawal enam pagi dah bangun. Pas dah siap siap ape yang patut, macam biasalah kena hantar adik pergi sekolah(walaupon mata mengantok gilosss sebab malam tadi mato den taknak tidur pulak). Tak tahu lah kenapa dengan mata ni susah benau nak lelap. Kadang kadang sampai 4 pagi pon tak tidur lagi. Pusing kanan pusing kiri pon macam tuh jugak. Terpikir jugak, INSOMNIA ke haku nih??? HArap normal la ye. Breakfast hari nih hanya ditemani secawan Milo Fuze untuk mengisi perut yang mengeroncong pagi pagi buta nih. :)



Gambar paket je la yang den ambil. Janji hadoo kan??? Hokeyyy la sayang sayang semua. I sangat rushing and I got to go now. Nak siap siap pergi kerja nih. Kang lambat mampus haku. Hope korang happy happy je pagi pagi nih ye. Tak mau sedih sedih hokeyyy :)


p/s : Nanti dah sampai office nak ronggeng popia goreng akak ape tah nama die. Sedap gilosss.

love,
cdaz :)



Friday, April 8, 2011

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah :)

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Semalam, saya dimaklumkan oleh sorang kawan saya bahawa rakan seperjuangan kami semasa di sekolah menengah dulu telah memeluk agama Islam. Alhamdulillah saya ucapkan ke hadrat Illahi. Selama nih kami terpikir pikir jugak apa status die yang sebenarnya??? Islam ke??? Kristian ke??? Tapi berita nih tak mengejutkan sangat sebab kawan saya nih dia bagus dan suka belajar kalau die nak tahu sesuatu. Dengar cerita die siap belajar mengaji lagi. Bagusnya die kan??? Akhirnya pintu hatinya terbuka jugak bila mana selama ini die amat amat mencari sinar harapan dan petunjuk and now Allah beri die Hidayah dan Petunjuk untuk menghuraikan segala yang dicari selama nih. Semoga kita semua dapat doakan kesejahteraan beliau dan dapatlah beliau kekal dengan agama baru yang suci ini. Hope sesiapa yg mengenali die dan telah tahu tentang pengislamannya, dapat lah membantu sedikit sebanyak kerana banyak pahala yg menanti jika dilakukan dengan ikhlas. Amiinn.



p/s : Terasa diri ini terlalu rendah di sisi-Nya. (T_T)

love,
cdaz :)

Sunday, April 3, 2011

ABPBH 2010 Malatopsss :)

Assalamualaikum :)


Hi readers!
First of all, congratulation to Shaheizy Sam sebab menggondol anugerah ABPBH 2010. You really deserved it bro! Haha!


Target utama saya macam biasa la si kacak bergaya, sama ada  Shaheizy Sam (SS) or Zizan Razak. Akhirnya, hadiah lumayan berupa sebuah kereta Nissan Teana 2.0L yang bernilai RM137k dan set barang kemas Rafflesia edisi terhad yang bernilai lebih RM180k menjadi milik si Adnan Sempit ni. Cayalah! Atleast antara dua orang yang saya pilih ni, salah satu nya jadi jugak juara.

SS nih memang sangat terbaik dalam bidang lakonan, even sampai sekarang pon orang still sebut sebut nama die, lagi lagi lepas Filem Adnan Sempit tuh keluar kat panggung dulu. His name totally up on that time. SS antara individu yang disebut sebut akan pegang title ABPBH selain Zizan dan Lisa Surihani. Macamana pon Lisa dan Zizan masing masing bawak pulang satu trofi. Itupon dah kira bagus dari tak dapat ape ape kan??? Congrats to both of you jugak.

Gandingan pengacara untuk ABPBH kali ni pon memang gempak dan kelakar habis iaitu Zizan, Syarifah Syahirah, Kak Engku. Gile tak gile ahh kan??? Ditambah pulak dengan Dato' Ct yg tarik diri, so calon calon maybe rase bertambah banyak peluang untuk menang. Hehe! Thanks lah dekat Dato' Siti sebab bagi laluan dekat orang lain. Nasib baik Dato tak gila kuasa macam sesetengah tuh.

Paling tak boleh belah ayat dari SS nih bile die cakap "Terima kasih Dato' Siti sebab tarik diri"(maksudnya berpeluang jugak die menang ABPBH, kalau tak asyik Dato' Ct je yg conquer. Hehe!). Mak die pon memang sempoi habis sebab mak die cakap mak die peminat setia kepada SS ni dan hari hari undi anaknya. Kantoi! Hehe! Tapi tak salah pon kan. Dah mak nya pon cakap die peminat anaknya, maknanye dia ada hak jugak mengundi anaknya tuh.

Pastuh bertambah gelak sampai nak pecah perut bile ada pulak muncul si Usop Wilcar (Shy8) dan Abi Hurairah (HKLBR). Sumpah lawak gilosss! Nih pulak ayat dari si Usop Wilcar nih "Sesiapa yang setuju Usop Wilchar umumkan pemenang ni sila angkat tangan macam saya.." (sambil goyang goyang tangan macam dalam cerita HKLBR). Memang audience semua sporting habis la sebab layan si Usop Wilcar nih. Dorang berdua nih tampil untuk menyampaikan keputusan ABPBH sebab ketiga tiga pengacaranya tu merupakan calon ABPBH. Kak Engku dan Syarifah Syahirah memang dah tau yg diorang tak dapat. So yang bertambah gugup ialah En. Zizan kita. Nampak betul "kecuakkan" muka beliau.

Last  but not least, mata pon dah ngantok ngantok manje. Tahniah kepada semua pemenang. 
Semoga berjaya pada masa akan datang.

love,
cdaz :)