Powered By Blogger
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Do not be hasitate to follow me and feel free to drop your comment. Thank You! Please come again :)

Friday, March 18, 2011

Raja Lawak Final Musim ke 5

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Hari ini entri sangat suka iaitu tentang Raja Lawak Musim ke-5 yang belangsung malam tadi (18/03/2011). Saya memang peminat no 1 Raja Lawak sejak musim pertama lagi(fanatik la konon konon). Hehe! Persembahan bermula dengan lagu tema baru RL5 dari kesemua RL yang tersingkir sebelum final tuh.

Klik SINI untuk lagu tema RL. Untuk final musim ni, ade 3 calon yg akan ke final iaitu Balas, Man, R2.

Masa mula mula rancangan RL 5 ni start bersiaran(time semua peserta ada), saya paling minat dengan kumpulan Lucky dan R2. Tapi malangnya minggu ke-7, kumpulan yang terdiri daripada pelajar pelajar IPTA nih tersingkir. Sedih jugak lah, sampai Johan dan Zizan pon agak terkejut bila diorang nih keluar. Lepas tu, saya mula berminat dengan kumpulan Balas(tapi lawak dorang ni kadang kadang agak la lucahnya).Tapi bila berlangsungnya final malam tadi, saya rase kumpulan Balas paling tak menyerlah berbanding Man dengan R2. Mane tak nya Fendi Balas boleh bantai tengok lirik dekat tangan masa sampaikan persembahan berbentuk muzikal(macam tak bersedia pun ade). Maybe dia gugup kot sebab audience lebih ramai dari biasa. Cakap pon dah tergagap gagap dah.

Saya masih berharap yg R2 akan menjuarai kemenangan malam tadi(bukan sebab die orang Klang ek). Tapi akhirnya Man yang berjaya menjuarai kemenangan tersebut. Walaupun saya tak expect langsung yang Man akan menang, tapi tak dinafikan yang Man memang banyak idea untuk curahkan lawak die tuh! Lagi lagi muzikal pasal mat rempit tuh. Tahniah Man!

* Juara *


** Naib Juara **


** Ketiga **


Juri juri pon boleh tahan kesengalan kelawakan nya untuk menceriakan lagi minggu yang berlalu dalam RL 5.

** Memang 1 Malaysia betul **


Dari kiri: David Teoh (Raja Pantun), Sathiya (Baby Face), Afdlin Shauki.
(kalo korang dengar David Teoh pantun kompom korang gelak guling guling kan)

Last but not least, Best comedian ever Zizan & Johan Raja Lawak(pengacara RL):


Suke betul kalau tengok dua orang ni buat lawak. Memang terbaik dr ladang la babes! Hehe!


p/s : Teringat berlawak dengan kawan :(

love,
cdaz :)

Thursday, March 17, 2011

Mari Berhikayat Bersama

Assalamualaikum :)


Hai readers!
Today just nak cerita kat korang yang saya dah pun tengok filem epik HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. Klik SINI untuk trailer.


Cover pon macam dah gempak gile!

Cerita nih boleh dikategorikan sebagai best walaupun takdelah sampai tahap tak boleh nak tidur sebab terlalu taksub kan. Hehe! Cuma apa yang boleh nak dicakapkan teknik CGI die memang terbaik dan gempak sampai pengarahnya(Yusri) sanggup belajar untuk memantapkan seni lakonan untuk sampai peringkat tertinggi walaupun ade bace kat paper yg Yusri nih hampir putus asa untuk teruskan filem ni. Bukan senang nak jalankan cerita ni, banyak effect dan tenaga yg digunakan(kesabaran kene banyak beb!). Tapi Yusri bangun jugak akhirnya sebab tak nak mengalah dan berjaya teruskan sampai cerita HMM ditayangkan dekat pawagam pawagam seluruh M'sia berdekatan dengan rumah korang. Haha!

Dengar cerita, HMM ni bakal disenaraikan dalam anugerah Grammy Award. Betul @ tak, Im not sure about that. Sejauh mane kebenarannya tuh tak tau la. Kalau betul, maknanya cerita kita da kira same dengan International level. Bile tengok cerita die memang tak macam cerita Malaysia yang lain dan cerita ni dapat bagi kita peluang mengetahui lebih lanjut tentang sejarah kerajaan Negeri Kedah(negeri Jelapang Padi tuh). Tapi cerita ni memang banyak aksi bunuh membunuh yg boleh dikira awesome walaupun darah die nampak macam serbuk cili saja. Hehehe.


So, senang cakap, citer ni memang besttt bagi saya. Tapi tak taula korang kan??? Hehe! Salah satu dialog dari Stephen Rahman yang saya rasa sangat kelakar dan tak boleh blah ialah "Sudahlah hodoh, mulut berbau pula"(betul ke saya sebut nih???). Hehehe. Kelakar. Korang bayangkan lah bile non-Malay cakap Malay. Sweet sangat bunyik nye. Papehal pon prince Marcus tuh memang tersangatlah cumell nya(boleh cair bak kata CIK NISA kita nih)

Lagi satu saya sangat suke dengan lagu yang mewakili HMM ni iaitu SEDETIK LEBIH by Anuar Zain. Awesome kottt(feeling je layan). Papehal pon sape sape yang belum layan, boleh layan sebab tak rugi pon kalau beli tiket untuk tengok citer nih. Sumpah tak rugi. Kalau korang rase tak best pon itu hak masing masing nak menilai kan??? Boleh balajar sejarah sekali ape(walaupun dulu paling tak minat subjek sejarah). Hehe!


Antara pelakon pelakon yang terlibat:








Babak yg terdapat dalam HMM(sumpah kelakar tengok rambut Datuk Rahim Razali)


Pengarah HMM(kalau tak kenal tak tau la kan???)




Anuar Zain - penyanyi untk OST HMM(Sedetik Lebih)



Last but not least, masih belum terlambat lagi nak tengok citer ni walaupun saya terlambat nak update pasal HMM nih.


p/s : Kalo tak best tak kan lah dapat capai RM 500 000 for 1st day.

love, 
cdaz :)

Sunday, March 13, 2011

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum :)


Entri hari ini cerita pasal pengantin. Selamat Pengantin Baru kepada Kak Amy dan Abg Zull yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini(13/3/2011). Sangat cantik pengantin apabila mengenakan busana serba merah. Akan datang saya akan upload gambar mereka pula sebab tadi betri low, so gambar semua ada dekat member. So kene tunggu member yang snap tadi send dekat saya. Papehal pun, semoga sang pengantin berbahagia hingga ke anak cucu. Aminnn :)

Lagi satu cerita, memang seronok biler dapat jumpa kawan kawan balik. Antara yang datang Fara Sofia, Siti Noor Asma, Noor Achfahanim, Susi Tampu, Shuida, Azman, Erman, Apis, Dzakwan dan Kamal. Dapat juga la jumpa mereka walaupun sekejap. Dorang memang sempoi. Kepada kawan kawan yang merempit datang sini, saya memang tabik spring pada kalian! Haha!(Memang mencuit hati bila teringat kejadian yang tak dapat dilupakan antara saya, fara, susi, anim dan asma. Hope pasni dapat layan giler giler kowang tuh). 

Ok la, panjang lebar pon mang tak dapat apela. nak mandi pulak la. Got to go!!!

love,
cdaz :)

Friday, March 11, 2011

Ikan Buaya???

Assalamualaikum readers :)


Hurm, macam macam yang kita makin dengar skarang. Tapi yang saya nak tunjuk ni sejenis ikan berkepalakan buaya yang diberi gelaran "Ikan Buaya". Penah dengar ke??? Sumpah tak penah tengok ikan jenis ni before this. Seram pon ade bile tengok ikan da macam buaya ni. Meremang bulu tengkuk. Hehe!!!
Let's check it out. :)

Agak agak korang if ikan buaya ni boleh makan, korang nak makan tak??? (sy tak nak!!)
Hahaha, pikiaq la sendiri. :)

Kdt to Buaya Merah pasal info ikan nih.


p/s : Goreng pon sodap ko??? Hahaha.

love,
cdaz :)

Tuesday, March 8, 2011

Kesayangan Yang Rosak

Assalamualaikum.


Tak tau la hati ni nak kate ape. Marah ke??? sedih ke??? Actually handphone kesayangan saya rosak. Walaupun handphone tu tak gempak mana, tapi saya teramatlah syg, sebab beli guna duit sendiri. Kawan2 selalu cakap handphone saya macam kamera digital sebab gambar dier memang clear bila snap gambar walaupun kapasitinya 3.2MP je. Ntahla, sedih xtau nak kata apa. So kepada kawan2 yang contact saya tak dapat dapat, silalah dail nombor saya yg lagi satu ye. Harap maklum. :(


love, 
cdaz :)

Tuesday, January 18, 2011

Tahniah Cik Nisa :)

Assalamualaikum readers yg dikasihi lagi disayangi. :)


Pada pukul 8.30 a.m bersamaan 18/01/2011 tetiba saya dikejutkan dengan deringan mesej (deringan ke???) yg amat memeranjatkan tidur. Terdetik jugak hati, sapalah yg mesej pepagi buta nih. (sambil gosok2 mata >_< ). Sekali tengok my BFF si Cik Nisa anak pak Halim. Ngeee~~~

Mesej 2 tertera : 

Salam, babe, ak dpt bby girl!!  Wah wah wah ak suka gle. Alhamdulillah doa termakbul.
(pelik+seronok bila saya bace mesej nih)

Cara dia bg mesej tu umpama dia pulak yg dapat baby gurl, tapi saya tahu ayat yg beliau maksudkan tu adalah umi kesayangan beliau. Saya tumpang happy dan terus bangun dari lena. 

Saya cepat cepat balas mesej beliau dan ucapkan tahniah kepada beliau and family. Yang uniknya adik beradik Cik Nisa ni, selepas kelahiran beliau, family dia asik memperolehi anak lelaki je sampaikan ayah Cik Nisa begitu yakin yang the latest baby ni pun mesti dapat baby boy sampaikan dah siap beli baju for baby boy. (dengan keyakinan yg tinggi). Sometimes yakin itu perlu hokeyyyy!!!

Tapi, sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T yg tentukan. Akhirnya keluarga En. Halim berjaya pecah tradisi setelah sekian lama menanti dengan menimang cahaya mata perempuan. Sejuta tahniah untuk kalian sekeluarga, saya tumpang Happy sesangat. Sorri tak dapat ziarah, kalau ada masa InsyaAllah saya lawat k sygs!!

Ni nak kongsi gambar baby gurls tersebut 



Comel tak baby ni??? Hope bby ni jgn nakal macam kakak dia yer. Hehehe. 
Welcome to our world. So shweet. :)

Cdt 2 Cik Nisa sebab kongsi gambar si chumels ini.

p/s : Giliran kau biler Cik Nisa oiii!!! :)

Love,
cdaz :)

Monday, January 10, 2011

Sakit kaki kuh :(

Assalamualaikum si gojes gojes sekalian. :)


Haish!!! Lama betul tak update blog. T_T. Hari ni ingat nak upload gambar "dolan-dolan golek mangan" dengan kawan kawan. So dengan sukacitanya saya pergi ke Cyber Cafe (cc) untuk on9 disebabkan LAPPY kesayangan saya demam n masuk sepital. Alih alih sampai je cc kabel handphone macam !@#$%^&* tak boleh berfungsi pulak. Sabar cda!!! Sabar. Kesian kawan kawan kuh yg tak sabar nak tengok gambar dari kamera SE saya. Hehe. Takpe gurlz, I promise if my lappy da sihat weekend ni, I akan terus upload untuk u alls hokey??? Jgn mara mara ye darl. Luv U all so muchi muchi la. :)

Selesai satu perkara,tapi ni ade satu perkara yg tak selesai selesai lagi iaitu kaki kuh sakiiiitttt!!!!!!!!!!!!! Terseliuh pulak bila balik dari jumpa member member terchenta arituh. Sabar jela. Sabar lagi. Asik sabar je??? (Sabar tu kan separuh dari iman. Lupe ek???) Hokey hokeyy saya sabar dan terus bersabar. T_T. Saban malam mengerang bila nak tdo. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu. Haisshhh!! Ingat malam ni nak pergi urut la, hope ok seperti sedia kala. InsyaAllah.

Mood : sakit woooo!!!

p/s : Reda dengan ujian dari-Nya.Doakan saya... :)

love,
cdaz :)