Powered By Blogger
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Do not be hasitate to follow me and feel free to drop your comment. Thank You! Please come again :)

Thursday, April 21, 2011

Si Gadis Youtube???

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Hope semuanya sedia awesome lagi gojes. Entri saya kali ini tentang Gadis YouTube


Ha. Ni la Gadis YouTube yang saya maksudkan tuh. Korang kenal tak??? Honestly, saya tak kenal pon sape that girl ni. Today baru tahu.(ketinggalan ke i nih???). Padahal kat blog die dah ramai gilosss followers die. Jom kita kenal die kejap hokeyyy. Cekidaud :)


Her name is Imratul Najwa Abdul Latif @ Najwa Latif. She is 16 years old.(budak lagi kau nih rupanye). Najwa ni katanya menggunakan laman YouTube nih untuk berhubung dengan bapanya yang mengajar di luar kawasan. Dia jugak selalu memuatnaik video dekat di YouTube untuk tatapan ayahnya. Then dekat situ lah die mula jadi tumpuan umum(dah macam Anna Rafali pulak bile orang kenal dekat Youtube). Sekarang ni die dah pon menjadi artis muda di bawah syarikat rakaman NAR Records yang mane syarikat rakaman ni bersungguh sungguh dan terbuka dengan perjuangan muzik akustik Najwa nih. :)

Single terbaru beliau bertajuk "Cinta Muka Buku" a.k.a cinta "pesbuk" la kott.(sedap jugak lah lagu die). Klik SINI untuk layan dan klik SINI untuk follow blogspot die. Ahaksss~~ Semoga beliau berjaya mengejar cita cita nye :)


p/s : Najwa ni tingkatan 4 dah jadi artis, awok dulu tingkatan 4 sibuk dok berkawad kaki kat sekolah nun. (Sampai kene bebel bebel dengan mak mase dulu dulu).Hahahah! :)

love,
cdaz :)

Kad Kahwin Sempoi Habis :)

Assalamualaikum :)


Hi readers!
Tadi belek belek blog Beautifulmaria, ops silap! Beautifulnara.
(beberapa hari ni punya lah susah nak open blog nih sebab ade masalah teknikal sebab ramai yg nak akses blog nih). Salah satu penyibuknya ialah saya la. Haha! Tiba tiba jumpe entri pasal kad kahwin Zed Zaidi dengan bakal isteri Natalia Mustafa Kamal.

Yang menariknya kad kahwin dorang nih berbentuk laman sosial "pesbuk" hokeyyy. Nak tahu kenapa??? Sebab perkenalan dorang nih bermula dari pesbuk ni la. For sure, mestilah dorang nak imbau balik detik perkenalan dorang yang serba moden nih(kalau dulu ade internet, sekarang macamana la gamaknya ye???). Sekarang semua dekat di hujung jari babes.(bangga tak??? bangga tak???) Haha!

Cekidaud kejap picture "wedding card" diorang. Sempoi abis. Kau hadoo??? :)




Sweet tak??? Lain dari yg lain kan??? Btw, hope perkahwinan dorang nih kekal sampai hujung nyawa dan bahagia selamanya.(kad dah cantik cantik nih, mesti syg nak buang kan???)


p/s : Ni baru kad bentuk FB, kalau yang berkenalan dan bercinta melalui Tweeter or Blog macamana pulak??? Haha! Lu pikirlah sendiri!!! :)

love,
cdaz :)

Wednesday, April 20, 2011

Kris Dayanti Hamil 4 Bulan??? What The Fish

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Hari nih baca baca paper memang terkejut gilosss bila artis pujaan sape tah ni buat statement yang tersangat lah berani mati hokeyyy! Rasenye ramai yang dah bace statement pasal Kris Dayanti ni kan??? Ape pendapat korang bila baca statement tuh??? Tak rase pelik ke bila die da hamil 4 bulan sedangkan usia pernikahan dorang baru sebulan. Rase rase nya korang pon boleh tahu dan faham dengan ape yang terjadi kan??? OMG, manusia zaman sekarang ramai yang buat sesuatu mengikut nafsu tanpa fikirkan akibatnya.

Ditambah pulak si KD ni dah la "public figure" @ dengan bahasa melayu modennya ialah figura awam. Korang boleh bace statement die kat bawah ni. Dengan selamba dan tanpa segan silu nya si Kris ni keluarkan kenyataan cenggini :

Ertinya, sudah 4 bulan. Ya, saya tahu (mungkin berita ini agak memeranjat). Tapi, kami berdua sudah sama-sama dewasa. Kami pun dah lama merancang untuk mengadakan perkahwinan ini. Benda ni dah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pulak cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan abortion (buang anak)

Sepatutnya si KD ni kenalah pikir jauh jauh. Rasenye kat Asia nih semua pakat kenal siapa si KD nih kott. FYI, before this, her husband is non-Muslim. So, bila die dah masuk Islam, KDpulak boleh sepakat tunjukkan perbuatan macam tuh dekat seseorang yang bergelar muallaf (ni masa dorang belum kahwin la). Maybe dorang boleh cakap : benda NAK JADI, so nak buat macamana??? Atau maybe dorang boleh cakap : Tak pe yang penting sekarang kami sudah bernikah. Tapi anak yang dorang buat tuh tetap dikira tak sah even dorang dah married sekalipun. Dekat mana maruah die as a Muslim??? Sedikit sebanyak mesti husband die akan pikir yang agama Islam nih lebih kurang je dengan agama lain. Pada dasarnya tidak sama sekali hokeyyy!!!!!!!!(maaf saya sangat emo bab bab macam nih)


Apelah nak jadi dengan manusia zaman sekarang nih??? Makin takut tengok kejadian kejadian cenggini. Bukan ape, kesian babes tengok nasib anak anak anak yang dilahirkan tuh. 
Memang la secara fizikalnya si anak masih punya ibu dan ayah, tapi hakikat sebaliknya??? Bila dah jadi cenggini, baik yang lelaki @ perempuan masing masing ada yang nak abaikan tanggungjawab (segelintir) sebab dah malu. Time nih mula lah nak salahkan orang tuh, orang nih, si polan tuh dan si polan nih.

Maka terjadilah kes kes seperti buang anak dan sebagainya. Kadang kadang sebab tak sanggup nak tanggung malu pun menjadi faktor utama kes kes buang anak  nih. Tempered gilosss mak hari ni nokksss. Cube lah pikirkan nasib anak anak tuh bila dorang dah besar??? Especially girls, sape nak walikan dorang bile nak kahwin nanti??? Mase buat memang tak ingat ape, tapi bila SUDAH terjadi, memang tak boleh nak undur balik lah kan.(sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak).

Saya berdoa dan berharap sangat semoga saya, ahli keluarga, kawan kawan dan seluruh umat Islam dilindungi dan dijauhi dari perbuatan perbuatan seperti ini. Ingatlah nasib anak anak yang tak bersalah nih pada masa akan datang.


Mood : SAD & TEMPERED
p/s: Teringat lagu Harapan Tanpa Suara - Kempen Kami Perihatin. Sedih woo! :(

love,
cdaz :)

Tuesday, April 19, 2011

Surprise!!!

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Hari ni, my aunt a.k.a Mak Itam (tapi orang nya putih hokeyyy) PM saya di "pesbuk" katenye nak mintak tolong. Tolong??? Tolong ape yek??? Tanya punya tanya rupa rupanya nak suruh pergi beli kek. Saya ingat besor benor la permintaannya. Rupanya nak pakat dengan saya dan kakak untuk cari birthday cake for her lovers. Nak tahu sape lover die??? opkos la her hubby and her sons. Dia ada dua orang je anak dan kedua dua nya adalah lelaki hokeyyy. Korang nak ngurat tak??? Haha! (gelak jahat).

Actually,on this month(April) merupakan birthday dua buah hati pengarang jantung die (suami dan anak bongsu die). Memandangkan birthday dua beranak di dekat dekat (Amy-24/4, Pak Itam-28/4) so die nak celebrate birthday dua orang nih dalam masa yg same. Pastuh die mintak saya dan kakak rahsiakan kejutan nih.(name pon surprise, tak kan nak bagitahu dekat semua pulak kan???)

So, ape bentuk surprise nye tuh tak tau lah lagi. Tapi yang sedihnya my aunty tak bape nak sihat lately ni (sebab migrain die teruk sgt). Sedih tengok die. Hope die kembali normal as well dan surprise dapat berjalan dengan lancar. :)



p/s : Hope my aunt get well soon. Amiin.

love,
cdaz :)

Melayan perasaan dengan "Cheezels Biskitz"

Assalamualaikum :)


Hi readers!
Mood hari nih tak berapa nak stabil la. Korang bila hati tengah panas panas hotsss korang buat ape ek??? Kadang tuh ade orang yang tumbuk dinding lah, tumbuk almari lah, marah marah orang lain lah, diam sebagai tanda protes la dan macam macam lagi. Kesian dekat individu @ benda benda yang tak bersalah tuh kan??? Kalau hati tengah panas buat ape pon memang tak sedar senang cakap di luar kawalan mahupun jangkaan. Stress betul bila kita nak explain sesuatu tapi tak de orang nak paham. Konon konon dorang ingat itu semua sebagai alasan. Alasan wakllluuu! Serius rase tension sampai nak nangis nangis. Tapi macam yang saya cakap sebelum nih, saya nak sentiasa muhasabah diri dan banyak banyak ingat Tuhan. Come on cda, kau marah marah pon tak guna. Kalau orang tak boleh nak paham, Allah kan ade. DIA pendengar kita yang paling setia. Dengan cara tuh pasti dapat tenangkan hati yang sedia panas nih. Tapi janganlah bila time susah je ingat dekat DIA. Sila ingat sepanjang masa. :) (mula rase reda sikit).

Bile dah puas puas marah, bosan pon ade. Bile dah bosan ni, makanan ringan la jadi peneman sambil ber "pesbuk" dan ber "belog" nih.(hai cda, camno la kau tak gomuksss). Lalalalalalala~~ Jom layan kejap sambil ber "Cheezels Biskitz" by Kraft-Classic Cheese.


Hahaha. Bile makan ni terus ngat kat Cik Dya sebab die "panatik" gilosss kat Cheese. Weeee~~


p/s : Teringat masa makan Cheese Cake Cik Dya, dalam kek ade "ring" tu yang tak boleh belah. Huehue!


love,
cdaz :)

Tension Betul!!! Sila lah paham!!!

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Kenapa manusia perlu ada sifat ego @ degil??? Hadoi, susah ke manusia nak paham kalau orang dah kate NO! I just said NO, no more YES from me! Ni lah manusia. Bile senang kita diabaikan, tapi bila dah susah baru nak cari cari kita balik. Tension betul weiii dengan manusia yang pentingkan diri sendiri nih (ade penawar tak untuk penyakit cenggini???). Sedar sedar lah perbuatan kamu wahai manusia. Cukup cukup lah dengan apa yang kau lakukan tuh. Allah itu Maha Melihat hokeyyy. Sesungguhnya perbuatan kamu amat memalukan.

Mood : Tension saya dah tahap maksimum macam nak makan orang dah nih :(



p/s : Beware!!! dont make me bako ur house! Looserrr!. 


love,
cdaz :)

Sunday, April 17, 2011

Best Giler ML Minggu 3 :)

Assalamualaikum :)

Hi readers!
Korang korang semua, rasenya belum terlambat lagi nak kongsi keseronokan Maharaja Lawak Minggu ke-3 nih. Walaupun little bit sad kumpulan R2 keluar, tapi masih ade yg mantap. Macam biasa la pilihan saya ialah Jozan, Nabil, Sepah dan Balas. Semua memang gempak habis kauu!

Jozan : Memang menguasai pentas dengan lagu lagu yang pelbagai sampai boleh dikaitkan lagu lagu tuh dalam dialog dorang. Memang besh gilos ok! Klik SINI untuk tonton.

Nabil : Paling menyerlah sebab sangat kreatif dengan menggunakan lalat sebagai bahan lawak. Siap nyanyi lagu Bruno Mars-Grenade. Memang Superb giloss! Klik SINI  untuk tonton.

Sepah : Gelak guling guling sebab tengok muka Shuib. Sumpah lawak giler! Siap cabar juri lagi untuk perform. Klik SINI untuk tonton.

Balas : Tak boleh belah tengok Fendi pakai selendang. Balas memang membalas walaupun dah biasa dengan double meaning dorang nih.Yeah! Klik SINI untuk tonton.

Selain tuh, kumpulan Jambu,Jihan dan Alex pun memang boleh dianggap antara yg terbaik dalam minggu ketiga ML. Keep Up All!

So, sape sape nak tegok Maharaja Lawak. Silelah langgan Astro Warna (ch 132). Layan sampai lebam. Saya da ade Astro Warna. Orang cakap tak beli pon tak pe sebab boleh tengok dekat Youtube. Tapi bagi saya keseronokan tengok secara live dengan rakaman memang berbeza. So pikirla sendiri hokeyyy! :)



p/s : Memang menghiburkan malam malam sabtu saya. :)

love,
cdaz :)